awas....bank palsu cuba tipu minta butir butir peribadi







SEORANG wanita mendakwa hampir ditipu oleh ‘kakitangan bank’ palsu yang cuba memperdaya dengan mendapatkan butir-butir peribadi termasuk nombor kad ATM bagi mengakses akaun bank miliknya.

Cubaan menipu ini diceritakan mangsa melalui aplikasi whatsapp kepada rakannya yang kini tersebar.

Ramai   juga mendakwa mereka turut melalui pengalaman hampir ditipu menggunakan modus operandi sama.

Cerita wanita ini, dia dihubungi oleh seseorang dari bank tertentu, menyatakan dia mempunyai hutang kad kredit namun dakwaan itu disangkal kerana dia tidak mempunyai sebarang kad kredit.

Pemanggil tersebut kemudiannya mendakwa kemungkinan data peribadinya telah bocor membuatkan ada individu menggunakan namanya untuk membuat kad kredit.

Bagi memantapkan cerita, tak lama kemudian mangsa dihubungi seseorang kononnya dari bank negara lalu memintanya memberikan butir-butir peribadi sehingga mendatangkan kemusykilan wanita terbabit yang meminta masa kepada pemanggil berkenaan.

Mangsa segera menghubungi CIMB untuk bertanya jika namanya terdapat dalam rekod salah seorang pengguna kad kredit bank berkenaan namun dinafikan, sekaligus menjawab telahan bahawa dirinya sedang cuba diperdaya.

Sehubungan itu, wanita tersebut membuat laporan polis berkaitan cubaan menipu tersebut.

Mujurlah di zaman sekarang pengguna semakin bijak dan tak lagi mudah ditipu menerusi telefon seperti dahulu.



About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI