betul tu najib...1MDB tidak muflis...yang muflis rakyat....hutang rm 42 billion...baru bayar rm 2 billion dari along...ini yang di banggakan...dasar penyamun...kah kah kah....!!!!
9:01 PG
1 malaysia di bodohkan
,
1 mdb
,
malaysia muflis
,
najib kaki kelentong
,
politik
,
politik kotor
Edit
Syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak muflis, sebaliknya berjaya membayar balik pinjaman bernilai RM2 bilion, kata perdana menteri.
Datuk Seri Najib Razak yang juga menteri kewangan dalam satu jawapan bertulis Parlimen hari ini berkata, hutang berkenaan berjaya dibayar kepada Maybank dan RHB pada 13 Februari lalu.
"Untuk makluman, 1MDB sudah melunaskan hutang bernilai RM2 bilion kepada Maybank dan RHB pada 13 Februari 2015 mengikut syarat-syarat perjanjian pinjaman.
"Sedemikian itu, tidak timbul isu 1MDB sudah muflis," kata Najib, menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi Chuan Aun.
Ooi bertanya kepada Kementerian Kewangan sama ada 1MDB sebenarnya sudah muflis kerana berkali-kali tidak berupaya membayar balik mengikut jadual berkontrak pinjamannya sebanyak RM2 bilion.
Wakil rakyat DAP itu juga mahu tahu kenapa Bank Negara Malaysia tidak bertindak terhadap syarikat tersebut.
Susulan kritikan banyak pihak terhadap syarikat tersebut, Najib mengarahkan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang membuat semakan terhadap akaun syarikat yang penubuhannya diilhamkan oleh Najib sendiri.
Arahan itu diumumkan perdana menteri, yang juga pengerusi lembaga penasihat 1MDB, pada mesyuarat Kabinet sebelum ini.
Kabinet bagaimanapun menganggap syarikat pelaburan strategik yang dilanda beban hutang itu tidak melakukan kesalahan kerana tuduhan terhadapnya membabitkan pihak ketiga.
Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed juga sebelum ini mahu Jabatan Audit Negara menjalankan audit segera terhadap 1MDB sebelum ia memanggil syarikat berkenaan tidak lama lagi.
Menurut Nur Jazlan, isu utama yang memerlukan audit segera ialah sumber dana berjumlah RM2 bilion bagi menjelaskan pinjaman daripada bank tempatan, suntikan dana baharu daripada kerajaan berjumlah RM3 bilion, perjanjian pelaburan dalam syarikat Petrosaudi, selain percanggahan kenyataan mengenai wang hasil pelaburan di Pulau Cayman sama ada sudah dibawa balik ke Malaysia atau tidak
##
yang muflis rakyat....rakyat kena tanggung segala jenis cukai termasuk GST dan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan sedangkan gaji semuanya ciput...yang naik gaji hanyalah perompak kroni dan keluarga mereka...
alasan kaum perompak dan penyamun macam itulah...semua tindakan kononnya betul....negara nak lingkup masih tak ngaku....haramjadah...!!!
hutang negara kesusahan rakyat tak mahu citer maaa...!!!
bayar hutang pon pinjam dengan along....apa cer lu najib....kah kah kah
1MDB Pinjam RM2 Billion Dari Ananda Krishnan Bayar Hutang Bank
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI