kereta sport McLaren £245,000 hangus




BEGINILAH keadaan kereta sport McLaren model 650S yang hangus terbakar akibat kemalangan.

CHESHIRE, Britain –Sebuah kereta sport McLaren model baharu 650S bernilai £245,000 (RM1.3 juta) hangus apabila terbakar ketika dipandu uji di sini baru-baru ini.

Kereta yang dipandu oleh seorang broker saham itu mengalami kemalangan sewaktu dipandu dengan laju di kawasan A50 Warrington Road berhampiran High Legh Garden Centre di sini pada Ogos lalu.

Bagaimanapun, pemandu kereta berkenaan tidak mengalami kecederaan kerana diselamatkan oleh jurujual, Lee Christian yang bertindak pantas mengeluarkan hartawan tersebut.



MODEL kereta sport McLaren 650S yang bernilai £245,000

“Tindakan Christian itu menyebabkan pihak polis menganugerahkannya pingat keberanian atas jasa menyelamatkan nyawa pemandu tersebut,” kata Ketua Konstabel Cheshire, Simon Byrne.

Sementara itu, Christian memberitahu, apabila kereta tersebut melanggar pokok, dia masih sedar dan melihat keadaan broker saham itu agak teruk kerana tersepit.

“Selepas bersusah-payah mengeluarkannya, saya menariknya pula sejauh 30 meter dari kereta itu sebelum ia meletup dan terbakar,” terang Christian.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI