peniaga ambil kesempatan...caj GST tiada no ID...?



TAK sampai 48 jam selepas pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), ramai individu mula melahirkan perasaan tidak berpuas hati dengan peniaga yang mengenakan caj GST pada item yang sepatutnya bernilai sifat cukai tersebut.

Isu ini yang hangat diperkatakan segelintir pihak adalah peniaga yang mengenakan caj tersebut secara meragukan apabila tidak menampilkan nombor ID GST pada resit yang dikeluarkan.


Seorang individu membuat aduan, sebuah syarikat perkakasan rumah telah mengenakan cukai tersebut kepada beberapa item yang dibelinya, namun resit yang diberi nyata tidak selari seperti diuar-uarkan kerajaan sebelum ini.

Sudahlah tak ada nombor ID, malahan invois yang diberi cuma bertulis tangan dan bukanlah dicetak dengan mesin, lantas satu persoalan timbul. Adakah ia sah ataupun cuma helah bagi mengaut keuntungan berganda?

Mengikut jumlah barangan yang dibeli si pengadu, keseluruhannya bernilai RM362.

Seperti yang semua sedia tahu, GST di negara ini mengenakan caj sebanyak 6 peratus, menjadikan nilainya bertambah sebanyak RM21.73 dan total keseluruhan berharga RM383.

Ujar si pengadu, ia bukanlah satu dakwaan bahawa syarikat tersebut menipunya namun selaku pengguna dia meragui aliran wang ‘cukai GST’ yang dicaj kerana syarikat itu gagal menampilkan nombor ID yang diberikan pihak berkuasa setelah membuat pendaftaran.





Sepatutnya, ia menjadi syarat wajib bagi setiap peniaga untuk menunjukkan ID khas perniagaannya kepada pelanggan agar tidak mengelirukan masyarakat, kan?

Apa-apapun, kepada individu yang berasa tidak puas hati dengan caj GST yang dikenakan, terdapat beberapa saluran yang boleh dihubungi bagi membuat aduan antaranya laman sesawang GST sendiri, portal KPDNKK malahan talian online dari pihak Kastam.


aduan di sini

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI