kucing cakar pendera bayi



Gambar  ini menunjukkan kucing hitam itu mencakar tangan tuannya bagi menghalang dia ‘mendera’ bayi yang diletak di dalam bakul kerusi kenderaan.

MOSCOW, Rusia – Tindakan berani seekor kucing telah menyelamatkan seorang bayi daripada ‘didera’ dengan mencakar beberapa kali tangan bapanya.

Kucing hitam itu menunjukkan sifat keibuannya apabila mendengar lelaki itu memukul-mukul dengan kuat tempat duduk kereta bayi dan menjerit ‘bayi nakal’.

Selepas beberapa kali melompat ke arah bapa bayi itu, ia mengambil langkah drastik mencakar apabila tuannya tidak berhenti daripada terus ‘mendera’ bayi tersebut.

“Ia mencakar sehingga menyebabkan tangan saya terluka dan terus menyerang sehingga saya berhenti daripada melakukannya,” ujar lelaki itu.

Insiden tersebut adalah gurauan yang dirakam oleh pemilik kucing tersebut dan menjadi viral di laman sosial sehingga ditonton sehingga lebih 90,000 kali sejak dimuat naik ke YouTube empat hari lepas


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI