cipta pistol paling selamat di dunia

SENJATA api atau pistol sangat berbahaya dan kebenaran memilikinya adalah isu yang sudah lama jadi bahan debat terutama di Amerika Syarikat.

Kai kloepfer, 18, bagaimanapun bakal mencipta satu senjata api yang mungkin paling selamat di dunia.

Berdasarkan kajian dilakukan sendiri, Kai mendakwa pistol yang diciptanya menggunakan pengesan cop jari untuk melepaskan tembakan. Sekiranya cop jari tidak serasi maka picu pistol akan terkunci.

Apa yang membuatkan Kai terfikir untuk menghasilkan pistol sedemikian adalah kes kematian melibatkan pistol kian berleluasa dan apa yang menyedihkan, ia turut melibatkan kanak-kanak apabila tersalah guna.

Ciptaan ini mungkin tidak dapat menghalang penjenayah dewasa yang nekad mahu melakukan kejahatan menggunakan pistol tapi sekurang-kurangnya, ia boleh mengelak daripada salah guna oleh kanak-kanak.



About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI