macam macam kerja giler boleh di buat dengan facebook....serah surat cerai melalui Facebook...di malaysia ada yang nak tiru ke...?



NEW YORK – Sebuah mahkamah di sini membenarkan seorang jururawat ‘menyampaikan’ dokumen penceraiannya hanya melalui laman sosial Facebook.

Tindakan itu dibuat oleh hakim Mahkamah Agung Manhattan, Matthew Cooper selepas jururawat berkenaan, Ellanora Baidoo melalui peguamnya memberitahu bahawa suaminya sukar ditemui selain tidak mempunyai alamat tetap.

“Wanita berusia 26 tahun ini diberi kebenaran menyerahkan surat perceraian kepada defendan, Victor Sena Blood-Dzraku melalui mesej peribadi di akaun Facebook lelaki berkenaan,” ujar Cooper.

Menurutnya, mesej tersebut akan dihantar oleh peguam plaintif kepada defendan seminggu sekali bagi tempoh tiga minggu berturut-turut atau sehingga diakui oleh suaminya itu.

“Saya menganggap perkara ini sebagai satu undang-undang baharu dan cara ini perlu dipandang serius,” kata peguam Baidoo, Andrew Spinnell.

Pasangan yang berasal dari Ghana ini telah berkahwin pada 2009, namun hubungan mereka mula retak apabila Blood-Dzraku memungkiri janji untuk mengadakan upacara perkahwinan secara tradisional mengikut adat mereka

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI