negara punah rakyat sengsara angkara nafsu biawak rosmah mansor




Terdapat perbezaan yang sangat besar  antara bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan penyandang sekarang Datuk Seri Najib Razak, berkaitan kedudukan mereka di tampuk kuasa.

Berbanding Abdullah atau Pak Lah, Najib lebih sukar ditangani. Pak Lah tidak ada isteri yang bercita-cita besar  berbanding  isteri Najib, Rosmah Mansor, yang sering berdepan tanggapan negatif orang ramai.

Berbanding  dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kononnya akan menjadi pilihan semula jadi untuk menggantikan Najib jika beliau berundur.

Isterinya ( muhyiddin ) disenangi dan hal anak-anaknya jarang dilihat atau didengar. Satu-satunya yang orang ramai tahu ialah Najwa Mahiaddin kerana dia seorang penyanyi dan penggubah lagu.

Kelebihan lain apabila beliau datang daripada keluarga kuat agama daripada Muar.

Berbanding dengan  najib  kini Dr Mahathir  sendiri  pun telah sanggup ungkit kekayaan keluarga Najib

Dr Mahathir Mohamad semakin  meneruskan kritikan pedasnya pada isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB), termasuk mengaitkannya dengan kekayaan keluarga perdana menteri. 

Bekas perdana menteri mempersoalkan kekayaan keluarga Datuk Seri Najib Abdul Razak, termasuk anak tirinya Riza Aziz yang mampu membeli hartanah mewah dan membikin filem di Amerika Syarikat. 

Bekas presiden Umno juga mempersoalkan sumber kekayaan tersebut, termasuk projek filem 'The Wolf of Wall Street' oleh Riza. 

"Pada mulanya duit Riza dikatakan warisan harta kekayaan dari keluarga Tun Razak (Hussein). Kemudian dakwaan ini dinafi. 

"Soalannya jika tidak dari keluarga Tun Razak dari mana datang wang yang banyak ini. Apakah ia hasil dari perniagaan? 

"Jika ya, apa perniagaan, di mana? Sudahkah cukai pendapatan dibayar? Kepada kerajaan mana? 

"Pelaburan ratusan juta untuk filem 'The Wolf of Wall Street' oleh Riza [...] datang dari mana? Filem ini tidak memberi keuntungan. 

"Tidak mungkin filem ini membiayai rumah mewah yang dibeli dengan ratusan juta ringgit atau dolar Amerika," katanya di blognya hari ini. 

"Semua perkara-perkara ini tidak akan terdapat dalam akaun 1MDB. Tetapi rakyat ingin tahu kerana melibatkan Jho Low. 

"Dan Jho Low disebut-sebut berkenaan dengan pengurusan AS$700 juta daripada 1MDB." 

Bagaimanapun 1MDB dan Jho Low  dengan mudah menafikan sebarang salah laku dalam urus niaga mereka.

Perdana menteri juga  mudah ajer menafikannya dan bercadang menyaman akhbar PAS Harakah atas dakwaan, antaranya, anak tirinya mendapat dana 1MDB.

Sebelumnya, dalam artikel yang panjang dan bernada terus terang itu, Dr Mahathir berkata tuduhan-tuduhan terhadap syarikat itu - lembaga penasihatnya dipengerusikan oleh Najib - tidak sembarangan tetapi disertaikan juga "fakta yang jelas."

"1MDB bukan buat hutang biasa seperti kerajaan yang biasanya berjumlah hanya ratusan juta (ringgit) sahaja. 1MDB telah hutang berbilion ringgit. 

"Walaupun 1MDB bukan kerajaan tetapi ia adalah badan yang ditubuh dan dimiliki oleh kerajaan sepenuhnya dengan modal sebanyak RM1 juta. 

"Ada juga jaminan oleh kerajaan terhadap beberapa hutang 1MDB. Oleh itu kerajaan tidak boleh mendakwa bahawa ini masalah syarikat dan bukan masalah kerajaan. 

"Kerajaan sudah melantik ketua audit negara untuk memeriksa akaun 1MDB. Tetapi ini tidak akan menjawab banyak soalan yang telah dikemukakan dan dibincang oleh rakyat"

"Dakwaan-dakwaan yang dibuat terhadap 1MDB bukan berbentuk tuduhan melulu. Ia disertai dengan fakta yang jelas iaitu jumlah hutang, siapa yang mengurus, siapa yang menerima wang berbilion ringgit, pelaburan yang dibuat, di mana wang ini disimpan, dalam bentuk apa. 

"Nama Jho Low disebut berkali-kali. Demikian juga nama-nama syarikat miliknya. Tuduhan dibuat berkenaan dengan pembelian rumah mewah olehnya di London, New York dan Hollywood. 

"Lepas itu rumah dijual kepada anak tiri perdana menteri dengan harga ratusan juta ringgit. Sudah tentu ini tidak disebut dalam akaun 1MDB yang akan diperiksa oleh ketua aduit negara (AG)."




##



Semenjak Najib menjadi PM, berbillion wang negara musnah akibat keborosan dan ketirisan. Dan rakyat yang sengsara menangung beban. Diperburukkan pula dengan kewujudan "pembodek-pembodek tegar" dalam UMNO mahu Najib terus berkuasa. Terburuk pula bila seluruh anggota kabinet sendiri patuh dan tunduk dengan nafsu  biawak dan kehendak malah diperbodohkan oleh Rosmah! Hebat Rosmah punya penangan.

Segala keborosan dan ketirisan yang berlaku selama ini oleh Najib sebenarnya adalah kerana penglibatan Rosmah sebagai decision-maker di dalam banyak perkara.

Menyebut nama-nama Jho Low, Deepak dan beberapa nama yang lain, ia semuanya berkisar kepada Rosmah juga.

Permata Negara yang mendapat peruntukan berjuta ringgit setiap tahun tidak tahu di bawah kementerian yang mana dan tidak pernah diaudit kewangannya.

Ratusan juta ringgit untuk pengubahsuaian jet peribadi juga untuk memenuhi kehendaknya.

Sehinggalah ekonomi negara sudah hampir ke peringkat muflis dan perlu diselamatkan oleh rakyat melalui GST.

Belum ada isteri-isteri PM sebelum ini yang bertindak liar seperti yang dilakukan oleh isteri Mohd Najib, Rosmah Mansor namanya. 

Najib nampaknya seperti tidak dapat mengekang dan mengawal tindakan Rosmah yang besar sangat nafsunya menjadi "diplomat" sekalipun bukan berhormat dan tidak pula bertauliah.

Rakyat BERHAK untuk mendesak Najib mengarahkan isterinya berhenti dari berkelakuan jelek yang menghabiskan wang rakyat.

Jika tidak Najib akan menanggung segala sumpah dan makian rakyat yang tak pernah mengundi Rosmah Mansor, isteri yang menjadi dakapannya saban malam.

Ini lah satu satu nya PM dunia yang tak ada buku biography untuk mengenang jasa dan kisahnya sebagai sejarah untuk generasi akan datang

Kalau ganti Pak Lah macam ini Penganti Najib pun apa kurang nya Dah terlalu lama duduk bawah dia orang berdua 

Sebenarnya  mungkin tujuan Tun ialah supaya anak dia tak jadi macam tu Kalau dapat jadi  PM tak lah macam Najib atau macam Penganti Najib



About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI