taman permainan manusia purba ditemui



SEORANG saintis menunjukkan tapak penemuan artifak permainan purba di Wilayah Hebei, China baru-baru ini.

WILAYAH HEBEI, China – Sekumpulan saintis di sini percaya mereka telah menemui bukti kewujudan taman permainan berusia dua juta tahun.

Ia berikutan penemuan lebih 700 artifak batu di kawasan dalam lingkungan enam meter persegi di Nihewan Basin di sini.

Pakar yang bekerja di tapak arkeologi Heitugou itu memberitahu, artifak yang ditemui itu diperbuat oleh orang primat awal antara 1.77 hingga 1.95 juta tahun yang lalu.

Ketua projek tersebut, Wei Qi menyifatkan penemuan itu sesuatu yang hebat dan luar biasa.

“Salah satu item artifak yang ditemui berkemungkinan hadiah yang dibuat oleh seorang ibu buat anaknya. Anda boleh merasai kasih sayang apabila melihatnya,” kata Qi yang merupakan seorang ahli paleontropologi.

Tambah penyelidik, kekurangan bukti tinggalan haiwan dan alat-alat batu besar menunjukkan kawasan berkenaan lebih digunakan oleh kanak-kanak berbanding orang dewasa.

Tapak berkenaan mula ditemui pada tahun 2002 menggunakan peralatan khas geokronologikal.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI