biri-biri tersangkut di tebing gunung diselamatkan




dalam bulatan menunjukkan seorang penyelamat menangkap kambing tersebut untuk dibawa turun


SNOWDONIA, Britain – Pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan seekor kambing biri-biri yang tersangkut di tebing gunung pada ketinggian 45 meter di Llanberis di sini baru-baru ini.

Dua orang penyelamat dari Persatuan Diraja bagi Perlindungan Haiwan (RSPCA) menuruni permukaan berbatu itu menggunakan tali keselamatan dan memasukkan kambing tersebut di dalam sebuah beg.

Ketua pasukan bertali RSPCA, Chris Dunbar berkata, mereka terpaksa berhati-hati ketika proses menyelamat kerana permukaan gunung yang curam berisiko membawa kecelakaan.

“Kedua-dua anggota penyelamat terpaksa menuruni gunung tersebut dengan tali keselamatan sebelum berjaya menangkap kambing itu untuk dibawa turun,” ujar salah seorang wakil RSPCA, Mark Roberts.

Dia menambah, kambing biri-biri itu yang kelihatan penat dan haus terus makan dengan laju apabila diberi makanan dan minuman selepas diselamatkan


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI