anjing UMNO guna taktik tangkapan pemimpin pembangkang cara penculikan....mereka melayan pemimpin pembangkang seperti penjenayah...!!!!



Kereta yang digunakan polis ketika menarik masuk aktivis Hishamuddin Rais dekat Dataran Merdeka, Jumaat lalu. Taktik tangkapan penuh drama dilihat usaha polis menakut-nakutkan pembangkang serta memperlihatkan mereka serius menjalankan arahan atasan

Taktik menakut-nakutkan pemimpin pembangkang  hanya mendatangkan kesan sebaliknya terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) dan  menunjukkan tahap rendah prestasi polis bila semakin  dikritik umum.

Ini merujuk beberapa penangkapan penuh drama terhadap pemimpin pembangkang dan aktivis sebelum perhimpunan #KitaLawan di Kuala Lumpur kelmarin.

Awal pagi kelmarin , polis menahan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, dalam apa yang kini menjadi amalan biasa menangkap pemimpin pembangkang dan aktivis sebaik sahaja demonstrasi selesai.

Khalid diberkas di rumahnya pada 3.20 pagi kelmarin.Tidak berapa lama selepas perhimpunan kelmarin, ahli sekretariat #KitaLawan, Fariz Musa ditahan di bawah Akta Hasutan sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur.

Pada Jumaat malam, Hishamuddin Rais diculik beberapa lelaki yang tiba dengan sebuah kereta Honda Accord, ketika aktivis itu berjalan kaki menuju Dataran Merdeka menghadiri bantahan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), yang juga agenda #KitaLawan.

Ini diikuti penahanan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pada 12.20 tengah kelmarin oleh sepasukan polis bertopeng dan bersenjata ketika ahli politik veteran itu hadir di Restoran Seven Star di Sungai Dua, Pulau Pinang.

Kemudian, di ceramah Naib Presiden PKR, Tian Chua  seramai 20 anggota polis tiba di dewan orang ramai di Kampung Batu Muda, sejurus selepas beliau berucap dalam sebuah program dialog.

Kita tidak pasti mengapa polis berpakaian sebegitu ketika menangkap Mat Sabu dan Hishammudin Rais.



Kononnya  mereka ingin  memperlihatkan kepada orang atasan bahawa mereka serius menjalankan tugas atau menakut-nakutkan orang ditahan dan mereka di sekeliling.

Kegagalan polis bersikap lebih bertamadun menunjukkan tahap  mentaliti  mereka jatuh merudum.

Malaysia, PDRM dan KPN (ketua polis negara) sudah jatuh ke tahap paling rendah. Mengapa perlu polis menculik rakyat atau menangkap orang sambil bertopeng? Mengapa mereka tidak boleh melakukannya secara lebih sopan seperti polis di negara lain?

Apa selepas ini? Apakah akan berlaku kehilangan orang seperti apa yang berlaku terhadap seorang aktivis di Laos pada 2012 dan satu masa dulu amalan di Amerika Selatan?

Polis tidak kebal undang-undang dan rakyat mesti menolak perlakuan sedemikian.

Rakyat Malaysia perlu menolak sikap tidak bertamadun, tidak profesional dan penangkapan yang mungkin melanggari undang-undang oleh pihak polis. Mereka tidak kebal, tidak kira betapa hebat mereka sebagai pembuli di Twitter ( merujuk tabiat Twitter Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar)

Khalid menimbulkan kontroversi berikutan tabiatnya yang suka menggunakan Twitter untuk mengarahkan pegawainya menyiasat individu, terutama ahli politik Pakatan Rakyat (PR) dan pengkritik kerajaan persekutuan, mengenai apa yang mereka nyatakan di laman media sosial atau di khalayak ramai.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Dalam Negeri, D‎atuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar baru-baru ini mempertahankan Khalid dengan mengatakan beliau hanya menjalankan tugas.

Katanya, Khalid akan dituduh "malas" sekiranya beliau tidak mengambil tindakan ke atas mereka yang mengganggu keharmonian awam.

"Beliau bukan ketua polis negara yang keterlaluan, orang lain itu yang keterlaluan. Mereka buat kenyataan di media sosial, menggunakan kata-kata yang menyengat dan komen yang kasar yang sukar dipercayai," katanya.

Setakat ini, seramai 14 orang ditahan sejak Khamis sementara polis menyifatkan perhimpunan semalam sebagai haram dan memberi amaran akan menangkap peserta protes.

Sejumlah 120 orang termasuk ahli politik, akademik, peguam, aktivis, wartawan dan lain-lain disiasat, ditangkap atau didakwa di mahkamah dengan pelbagai tuduhan.

Polis menggunakan undang-undang seperti Akta Hasutan, Akta Perhimpunan Awam dan Kanun Keseksaan dalam mengambil tindakan menakut nakutkan  ke atas mereka.

Siri penangkapan yang dilihat tidak wajar akan hanya merancakkan kemarahan umum dan mengingatkan mereka seteruk mana kemelut sekalipun dalam PR, BN menjadi punca kemelut lebih besar.

Apabila kesan penuh GST mula dirasakan, apa yang boleh dibuat mereka menghalang orang ramai menunjuk perasaan

Sebahagian puncanya ialah kerana ia berlaku tatkala kerajaan tidak popular berikutan cukai dan perbalahan dalaman.



About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI