pemancing terkejut dapat ikan jerung putih




SALAH seorang pemancing, Derrick Keeny bergambar dengan jerung putih yang berjaya dipancing di Teluk Mexico

FLORIDA – Tiga pemancing Florida mencipta sejarah apabila mereka berjaya mendaratkan seekor jerung putih yang dianggarkan sepanjang kira-kira tiga meter ketika memancing di Teluk Mexico di sini pada Ahad lalu.

Menurut Gabriel Smeby, dia bersama dua rakannya, Derrick Keeny dan Kyle Register terpaksa bertarung selama 45 minit sebelum jerung itu ‘menyerah kalah’.

Katanya, kejayaan itu suatu yang amat luar biasa menyebabkan mereka tidak melepaskan peluang merakam gambar bersama jerung tersebut dan memasang tanda (tagging) sebelum melepaskannya di perairan yang sama.

“Kejayaan ini suatu yang tidak disangka kerana dapat mendaratkan seekor jerung putih menggunakan joran.

“Pada mulanya kami tidak tahu ‘objek’ yang tersangkut pada salah salah satu mata kail, tetapi apabila ikan tersebut berpusing-pusing barulah kelihatan itu seekor jerung putih,” katanya.

Tambah Smeby, mereka dimaklumkan bahawa kejayaan itu merupakan kali pertama dalam kalangan pemancing pantai di situ mendaratkan seekor ikan jerung putih

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI