akibat terlupa hantar anak ke pusat jagaan kanak kanak bayi mati ' terpanggang ' dalam kereta




OREGON – “Saya tidak tahu apa yang saya akan beritahu pada isteri dan anak lelaki saya,” demikian raungan seorang bapa apabila menyedari bayinya meninggal dunia selepas ditinggalkan selama enam jam dalam kereta.

Bayi lelaki berusia enam bulan itu, Jillian Freier, ditinggalkan di dalam kenderaan bapanya, Joshua Freier selepas dia terlupa untuk menghantar anaknya ke pusat jagaan kanak-kanak.

Joshua yang juga seorang jurutera komputer kemudiannya terus pergi ke tempat kerjanya dan melakukan aktiviti harian termasuk mengadakan mesyuarat.

Sementara Jillian yang diletakkan di bahagian tempat duduk belakang, menderita kepanasan hinggakan dia seolah-olah `dipanggang’ hidup-hidup.

Ketika itu cuaca adalah 21 celsius dan pemeriksaan yang dijalankan mendapati suhu di dalam kenderaan berkenaan adalah 116 darjah menjelang pukul 2 petang.

Meskipun kejadian itu berlaku pada bulan Oktober tahun lepas namun nama bapa dan bayi malang itu hanya didedahkan hari ini.

Siasatan masih dijalankan tetapi Joshua tidak ditahan polis.

Kejadian itu hanya disedari oleh Joshua selepas isterinya menghubunginya dan memaklumkan bahawa bayi mereka tiada di pusat jagaan kanak-kanak.

Ketika itu barulah Joshua menyedari bahawa bayi berkenaan masih berada di bahagian belakang kenderaannya, lalu sepantas kilat dia berlari ke tempat letak kereta.

Namun Joshua sudah terlambat. Jillian tidak lagi bernafas dan muka bertukar menjadi lebam manakala mulutnya pula sudah berbuih

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI