malu konon di gelar periwayat hadis palsu...inilah padah anut islam liberal bila berjinak jinak dengan UMNO lahanatullah




Pendakwah terkenal  yang mesra UMNO  Datuk Mohamad Kazim Elias menyifatkan tindakan mufti Perlis yang tidak bersetuju beliau dipilih menganggotai panel forum perdana hal ehwal Islam sebagai tidak adil dan memalukan dirinya.




Beliau berkata  Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengeluarkan surat melalui Jabatan Mufti Perlis kira-kira dua minggu lepas bagi membatalkan beliau sebagai ahli panel forum yang diadakan sempena Hari Keputeraan ke-72 Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, Mei depan.

"Secara peribadi saya malu apabila dituduh periwayat palsu. Saya hormat dia sebagai seorang mufti tetapi bila dia keluarkan kenyataan sebegitu seolah-olah saya menyampaikan benda yang tidak betul kepada pendengar ceramah saya selama ini.

"Mereka yang pernah dengar ceramah saya akan jadi keliru dengan isu ini.

"Saya terpaksa mempertahankan diri sebab ia menjejaskan kredibiliti dan imej saya sebagai seorang penceramah yang dituduh menggunakan riwayat palsu," katanya dalam sidang media di Ipoh hari ini.

Mohamad Kazim, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim, diminta mengulas penyebaran surat berkaitan di media sosial sejak pagi semalam yang menyatakan Jabatan Mufti Perlis tidak bersetuju dengan pemilihan beliau sebagai ahli panel forum berkenaan atas alasan sering menggunakan riwayat palsu dalam ceramahnya.

"Kalau saya dikatakan mengeluarkan riwayat yang tak sahih, sepatutnya perkara ini boleh dibawa berbincang, bukan dengan mengeluarkan surat dan tersebar meluas di media sosial," katanya.

Beliau berkata riwayat palsu yang dimaksudkan dalam surat berkenaan merujuk kepada rakaman di YouTube daripada satu ceramahnya yang antara lain menyatakan 'kenduri Rasulullah SAW menghidangkan roti jala dengan kuah kari.'

Mengulas perkara itu, Mohamad Kazim berkata beliau hanya membuat perbandingan bahawa di negara ini roti jala yang dicecah dengan kuah kari masih boleh dijadikan hidangan pada majlis kenduri.

"Mungkin dia ada isu lain yang tersirat di hati dia. Sebagai orang Islam (kita) sepatutnya saling tolong-menolong, bukannya menyekat," katanya.





##


Dari apa yg saya dengar melalui Youtube...memang SAHIH DUKE ada menyebut "Kenduri Nabi Yang Paling Mahal adalah ROTI JALA Cicah dengan KARI..." Tidak ada satu perkataan pun yg menyebut bahawa ianya satu perbandingan.

Maka dengan ini saya memihak kepada Mufti Perlis. ustaz Kazim sewajarnya patut merasa malu kerana perbuatan diri sendiri, bukan menuduh orang lain yg memalukan beliau. Kalau nak suruh orang seronok pun jangan buat2 cerita pasal Nabi...

Hadis palsu atau tidak saya tak tau,tapi yg aku tau DUKE sangat mesra UMNO.Jangan ada sesiapa kutuk UMNO depan dia.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI