fosil manusia berusia 2.8 juta tahun di temui



Fosil tulang rahang manusia masih bergigi yang dijumpai di Afar.

AFAR, Habsyah – Sekumpulan saintis membuat kesimpulan bahawa manusia telah wujud kira-kira 2.8 juta tahun lalu iaitu 400,000 tahun lebih awal daripada yang disangkakan berikutan penemuan tulang rahang manusia di sini.

Tulang rahang yang dijumpai di wilayah LeDi-Geraru pada tahun 2013 itu dipercayai berusia kira-kira 2.8 juta tahun lalu dan dimiliki keturunan spesies keluarga homo sapien (manusia) yang pertama.

Dr. Brian Villmoare daripada Universiti Nevada, Las Vegas berkata, walaupun pencarian sudah dilaksanakan dari semasa ke semasa, fosil daripada keturunan Homo yang berusia lebih daripada dua juta tahun jarang dijumpai.

“Ketika saya menemuinya, saya sedar ia begitu penting kerana fosil seperti ini semakin susah untuk dijumpai di timur Afrika,” katanya.

Pengarah Institut Asal Usul Manusia Universiti Arizona, Dr William Kimbel pula berkata, penemuan fosil itu sangat penting dalam membantu saintis menentukan tempoh masa yang lebih tepat berbanding kajian sebelum ini berkaitan evolusi manusia.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI