persembahan baling pisau yang hampir mengundang maut




SEBILAH pisau hampir mengenai muka lelaki ini selepas beberapa pisau yang dibaling rakannya gagal mengenai buah tembikai di atas kepalanya

VILNIUS, Lithuania – Sebuah kumpulan pembaling pisau hampir membuatkan seorang anggota mereka terbunuh selepas berlaku beberapa kesilapan dalam persembahan berkenaan yang disiarkan secara langsung oleh sebuah stesen televisyen di sini baru-baru ini.

Kumpulan berkenaan yang menyertai satu pertandingan realiti mencari bakat mempamerkan kecekapan seorang lelaki membaling pisau ke arah seorang rakannya yang memegang daun terup dan buah tembikai.

Bagaimanapun, aksi tersebut tidak menjadi apabila rakannya yang memegang daun terup luka di jari selepas terkena pisau yang dibaling oleh lelaki berkenaan.

Aksi kedua dilihat semakin mencemaskan apabila lelaki itu cuba membaling pisau ke arah sebiji buah tembikai yang diletakkan di atas kepala rakannya.

Beberapa balingan yang dibuat lelaki berkenaan langsung tidak konsisten dan dia terus menghentikan persembahan apabila sebilah pisau yang dibaling hampir mengenai muka rakannya itu.

Sejurus selepas persembahan berkenaan berakhir lelaki itu dilihat cuba menghilangkan kesan darah di pentas yang menitis dari luka di jari rakannya menggunakan kasut

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI