jika tiada mayat dari pesawat nahas air asia QZ8501 di temui ,petugas forensic ambil kesempatan memancing untuk hilang kebosanan






SURABAYA– Selepas hampir dua minggu sibuk bertugas mengenal pasti identiti mayat, selain duduk termenung atau bersembang kosong di bilik mayat, jangan terkejut melihat petugas forensik nahas QZ8501 juga leka memancing ikan air tawar.

Mungkin itulah sahaja cara paling mudah mengisi masa lapang buat puluhan anggota pasukan dikenali sebagai Disaster Victim Indentification (DVI) yang agak popular sejak drama bersiri Crime Scene Investigations (CSI) disiarkan stesen TV seluruh dunia.

Bertempat di Hospital Polis Jawa Timur Bhayangkara di sini, unit DVI pasukan polis Indonesia bergilir-gilir mengikut syif dengan petugas forensik luar negara cuma sibuk sejurus mayat dari bangkai pesawat malang AirAsia Indonesia itu berjaya ditemui.

Namun, sementara menunggu jenazah baharu yang pasti mengambil masa dijumpai pasukan pencari pelbagai negara di perairan Selat Karimata dekat wilayah Kalimantan Tengah, suasana sunyi sepi turut membosankan sesiapa sahaja di hospital itu.

Justeru, sebelum pesawat dari Pangkalan Bun tiba di Juanda, Surabaya, masa luang yang ada diisi sebaiknya dengan memancing ikan di kolam yang terletak di belakang kompleks markas Polis Wilayah Jawa Timur dan tidak pula jauh dari hospital berkenaan.

Lengkap berpakaian seragam universal baju jingga dan seluar gelap, mereka cuma duduk santai mengelilingi kolam ikan seluas 100 x 50 meter itu bersama-sama tanpa mengira pangkat sambil bertukar-tukar fikiran dengan rakan-rakan dari pelbagai negara.

Selain pemancing ikan dari kalangan anggota Tentera Nasional Indonesia, pasukan DVI antarabangsa itu turut mengandungi ramai petugas forensik terbaik dari Malaysia, Singapura, Korea Selatan, Australia dan Emiriah Arab Bersatu.

Sehingga lewat malam tadi, sudah ada 41 jenazah yang tiba di Bhayangkaran dengan 25 daripadannya berjaya dikenal pasti serta telah diserahkan kepada pihak keluarga manakala jenazah yang lain setakat ini masih dalam proses pengecaman.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI