padah hina islam charlie hebdo hidup dalam ketakutan...pihak barat ambil kesempatan...sementara di malaysia bagaimana...siap E-JOLI lagi...sialan punya UMNO...!!!






Kulit depan majalah Charlie Hebdo keluaran 3 November 2011 sengaja ditukar menjadi Charia Hebdo yang bermaksud Mingguan Syariah dalam bahasa Perancis, sebagai mempertikaikan undang-undang jenayah Islam.



Stephane Charbonnier

PARIS – Serangan berdarah ke atas pejabat majalah mingguan Charlie Hebdo di sini pada Rabu lalu yang meragut 12 nyawa termasuk dua anggota polis Perancis mendedahkan ‘harga’ perlu dibayar kerana bebas menghina agama konon atas nama hak asasi manusia.

Ketika masyarakat antarabangsa khasnya pemimpin Barat mengutuk kumpulan ekstremis Muslim, beberapa media tempatan mendedahkan, insiden terburuk itu berpunca daripada sikap penerbitan tersebut yang sering keterlaluan ‘menghiris’ sensitiviti umat Islam.

Ketua pengarang majalah itu, Stephane Charbonnier yang turut terbunuh, dikenal pasti amat mengagungkan kebebasan bersuara yang melampau malah beliau kerap menyiarkan karikatur berbaur penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW dan agama Islam.

Tidak hairanlah lelaki berusia 47 tahun itu hidup dalam ketakutan dan terpaksa dilindungi pengawal peribadi sejak pejabat majalah itu dibom pada 2 November 2011 susulan penerbitan kartun Charia Hebdo yang jelas menghina undang-undang jenayah Islam.

Beliau yang menjadi ketua editor Charlie Hebdo pada 2009 juga selalu menerima ancaman bunuh hanya kerana mempertahankan dasar majalah suka hina ahli-ahli politik, selebriti sukan dan hiburan bahkan kaum bukan kulit putih sejak ia diterbitkan 1970.

Meskipun Charlie Hebdo bersifat pelampau, ia disegani kerana Bernard Maris, salah seorang pemilik sahamnya yang juga wartawan majalah itu, dan turut terbunuh dalam serangan nekad tersebut; sebenarnya merupakan pakar ekonomi berpengaruh.

Bayangkanlah, beliau ialah profesor pengajian ekonomi di Institut Kajian Eropah, Universiti Paris selain mengajar subjek mikro ekonomi di Universiti Iowa, Amerika Syarikat dan Bank Pusat Peru; serta menjadi ahli lembaga pengarah Bank Pusat Perancis.

Secara umum, Charlie Hebdo dengan edaran 45,000 naskhah bebas hina mana-mana pihak tanpa rasa bersalah kerana ia didukung ramai personaliti ternama Perancis dan lebih pelik, tiada tindakan dikenakan ke atas mereka oleh pihak berkuasa negara tersebut.

Sasaran utama mereka ialah agama Islam dan ramai lihat kecenderungan majalah Perancis itu mempermainkan Nabi Muhammad SAW sebenarnya memang didalangi Barat bagi membangkitkan kemarahan umat Islam sekali gus melabel Islam sebagai pengganas.

Hakikatnya kematian Charbonnier, Maris dan lapan lagi kartunis biadap Charlie Hebdo berjaya menjadi ‘modal’ pihak Barat untuk mengalih perhatian masyarakat selama ini daripada isu penghinaan majalah pelampau itu ke atas agama Islam.



hina islam di malaysia...





siap  E-JOLI  lagi...

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI