akhbar denmark hina rasulullah dikawal ketat...hah baru padan muka...







COPENHAGEN – Bangunan ibu pejabat Jyllands-Posten, akhbar kontroversi Denmark yang pernah mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia pada 2005 lalu, mula diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dan dikawal ketat pihak keselamatan.

Langkah luar biasa itu dibuat susulan serangan berdarah ke atas pejabat majalah mingguan Perancis, Charlie Hebdo di ibu kota Paris pada Rabu yang mengorbankan 12 orang termasuk ketua editor, Stephane Charbonnier dan dua anggota polis tempatan.

“Jyllands-Posten memaklumkan semua petugas menerusi e-mel berhubung tambahan langkah keselamatan di bangunan syarikat itu di Copenhagen dan bandar raya Viby,” lapor akhbar tertua Denmark yang diasaskan pada 1749, Berlingske di sini hari ini.

Harian tempatan konservatif tersebut memetik jurucakap Jyllands-Posten, Christine Blach sebagai berkata, syarikat akhbar pro-Israel yang ditubuhkan pada 1871 itu memantau teliti perkembangan insiden serangan bersenjata terhadap Charlie Hebdo.

Peristiwa yang mengejutkan banyak pihak itu menyaksikan lapan kartunis terbaik Charlie Hebdo maut ditembak ketika sedang bermesyuarat dan lima lagi petugas majalah tersebut cedera ketika diserang sekumpulan lelaki lengkap dengan senjata berat.

Jyllands-Posten pernah membangkitkan kemarahan masyarakat Islam antarabangsa apabila menyiarkan siri 12 kartun satira pada 2005 yang menghina Nabi Muhammad SAW sebelum ia kemudian dicetak semula oleh Charlie Hebdo pada 2006.

Kurt Westergaard, artis di sebalik kartun kontroversi tersebut dan pernah menjadi sasaran cubaan bunuh di rumahnya sendiri pada 2010 memberitahu stesen radio Denmark, serangan di Paris itu memang bertujuan untuk menakutkan petugas media.

Namun dia memuji kartunis Charlie Hebdo yang tidak gentar dengan ugutan pelampau tidak kira daripada ekstremis Islam, Kristian atau tokoh politik berpengaruh yang mahu menyekat kebebasan bersuara dalam kalangan pihak media tempatan.

Sementara itu, perkhidmatan perisikan Denmark dalam satu kenyataan media berkata, situasi semasa negara tersebut masih terkawal tetapi serangan di ibu kota Perancis itu dibimbangi mampu merebak ke negara rantau Skandinavia berkenaan.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI