Wanita berkenaan didakwa dicederakan seorang lelaki yang bertugas sebagai juruteknik di sebuah bangunan kerajaan di Putrajaya, Jumaat lalu.
Kejadian dikatakan bermula apabila mangsa yang bekerja di tingkat 24 menghubungi bilik kawalan sekitar jam 8 malam, meminta supaya lampu di tingkatnya dihidupkan kerana dia perlu melakukan kerja lebih masa.
Juruteknik yang naik kononnya untuk membantu, kemudiannya dipercayai cuba melakukan perkara tidak senonoh kepada mangsa apabila menyedari dia hanya keseorangan di situ.
Mangsa cuba melawan membuatkan berlaku pergelutan, seterusnya mengakibatkan suspek memukul wajahnya hingga cedera parah.
Mujurlah, dalam keadaan berlumuran darah mangsa berjaya melarikan diri hingga ke bangunan kafe lalu meminta pertolongan kepada kakitangan kafe yang masih belum balik.
Mendengar kejadian itu, beberapa kakitangan dikatakan bergegas mencari suspek sebelum berjaya menangkap dan menyerahkannya kepada pihak polis.
Home
/
berita
/
dalam negeri
/
juruteknik
/
overtime
/
penjawat awam
/
putrajaya
/
serang
/
penjawat awam wanita diserang ketika buat ‘overtime’
-
Blogger Comment
-
Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI