ingatkan tercemar dengan bakteria E-COLI...rupanya epal gala & granny smith disekat masuk ke malaysia kerana pencemaran bakteria Listeriosis...!!!




BERA – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyekat kemasukan epal jenis Gala dan Granny Smith dari Amerika Syarikat ke Malaysia kerana dipercayai tercemar oleh bakteria Listeriosis, kata Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata sekatan itu dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) selepas notis berkaitan pencemaran itu diterima kementerian dua hari lalu.

“Kita menerima notis daripada Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Amerika yang memaklumkan tentang insiden pencemaran itu dan difahamkan ia telah menyebabkan tiga kematian dan ramai yang sakit di Amerika dan Kanada,” katanya.

Ismail Sabri berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan ‘Program Servis Motosikal Pasca Banjir Parlimen Bera’ di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata kementerian tidak mempunyai bidang kuasa untuk menarik semula epal jenis itu yang telah berada di Malaysia, kerana ia melibatkan soal pemakanan di bawah Kementerian Kesihatan.

Isu berkaitan larangan pengambilan epal terbabit telah tersebar di laman sosial sejak beberapa hari lalu.

Malah sebuah portal media turut melaporkan bahawa penularan bakteria itu dikesan di sebuah pusat pemprosesan epal Bidart Bros dekat Bakersfield, California melibatkan epal yang disaluti karamel.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI