enam tahun simpan burger, kentang goreng...masih utuh



KENTANG goreng ini masih lagi dalam keadaan segar walaupun sudah berusia enam tahun.

REYKJAVIK, Iceland – Seorang lelaki terkejut apabila mendapati burger dan kentang goreng yang dibelinya dari sebuah restoran makanan segera McDonald’s kira-kira enam tahun lalu masih kelihatan segar dan tidak berkulat.

Lelaki berkenaan, Hjortur Smarason, 28, membeli hidangan burger dan kentang goreng pada hari terakhir sebuah restoran McDonald’s beroperasi di bandar ini pada Oktober 2009 sebagai kenangan sebelum menyerahkan makanan tersebut kepada sebuah muzium.



BURGER yang dibeli oleh Smarason enam tahun lalu ini masih tidak ditumbuhi kulat.

Katanya, selepas tiga tahun muzium berkenaan menyerahkan semula hidangan berkenaan kepadanya dengan alasan makanan itu tidak sesuai untuk dipamerkan.

“Ketika menerima hidangan itu, burger dan kentang goreng berkenaan dilihat masih segar serta tidak berkulat sebelum saya menyimpannya semula ke dalam satu bekas plastik.

“Baru-baru ini saya membuka semula bekas plastik berkenaan dan terkejut apabila mendapati hidangan itu masih lagi kelihatan segar seperti baru dimasak,” katanya.

Menurutnya, makanan tersebut merupakan salah satu sejarah Iceland kerana negara itu merupakan antara beberapa negara di dunia yang tidak mempunyai cawangan restoran McDonald’s

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI