gaji ciput ,kos sara hidup dan harga hartanah yang tinggi adalah punca utama....88% pekerja Malaysia bimbang tidak miliki wang yang cukup ketika bersara



Tidak mempunyai wang yang cukup untuk membiayai kehidupan harian selepas persaraan adalah kebimbangan utama 88% pekerja Malaysia, demikian menurut satu kajian.

49% daripada mereka berkata, pembayaran balik hutang menghalang mereka untuk membuat persediaan persaraan yang selesa.

Kemelesetan ekonomi dunia juga menjejaskan pelan persaraan mereka di mana 36% berhenti atau mengurangkan simpanan melalui deposit tunai, anuiti atau pelaburan; 32% kurang berkemampuan menyimpan untuk persaraan dan 28% mendapati diri mereka akan terjebak dengan hutang.

Laporan berkenaan berdasarkan hasil kajian dalam talian ke atas 1,000 orang dalam usia bekerja (25 dan ke atas) serta dalam persaraan oleh Ipsos Mori pada Ogos dan September 2014.

27% daripada mereka yang bakal bersara, ketika ini tidak atau tidak mempunyai hasrat untuk menyimpan untuk persaraan.

Nampaknya  mereka  tidak  boleh bergantung semata-mata kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja kerana ia akan bertahan kira-kira lima tahun jika mereka mempunyai purata simpanan RM50,000.

Walaubagaimana pun  mereka yang berusia antara 20 dan 30 tahun perlu menyimpan kira-kira 15% hingga 20% daripada gaji mereka setiap bulan dan meningkatkannya beransur-ansur apabila gaji bertambah.

Tapi mampukah mereka jika setiap tahun kos sara hidup dan harga hartanah semakin meningkat  naik melebihi 30 % jika kerajaan sendiri tidak mahu mengawalnya .

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI