padah tak percayakan bank...memang patot pun..he he he



Bulawayo: Kerana tidak percayakan bank, seorang wanita rugi AS$30,000 (RM108,000) apabila rumah dan wangnya hangus selepas dipanah petir.

Regina Sibanda, 60, berkata dia baru mendapat wang tambahan hasil jualan tujuh lembu dan bercadang membeli rumah di Bulawayo. Dia juga menyimpan wang yang dihantar anak-anaknya yang bekerja di luar negara.

Katanya, selain wang, dokumen penting seperti sijil kelahiran, pasport dan kad pengenalan anak serta cucunya turut musnah dalam kebakaran itu.

“Ketika kejadian, saya duduk di pondok yang dijadikan dapur bersama cucu. Cuaca tiba-tiba berangin dan saya menjangkakan hujan akan turun.

“Namun tiba-tiba kami dikejutkan dengan bunyi kuat sebelum melihat rumah saya terbakar.

“Saya menjerit meminta bantuan jiran, namun sudah terlambat. Kami hanya mampu memandang apabila rumah itu terus hangus,” katanya

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI