Taktik kotor sebahagian mekanik motosikal dan penukar tayar di sini yang menabur paku di atas jalan raya untuk mencari pelanggan menyebabkan orang ramai hilang sabar.
"Kalau si penjahat ini dapat saya tangkap, saya akan pastikan seluruh tubuhnya ditusuk paku," kata seorang pemilik teksi motosikal, Talib.
"Biar mereka telan paku-paku itu," kata seorang rakannya yang berusia 50 tahun, Sulaiman Daud.
Seorang jurucakap polis di sini, Rikwanto memberitahu, perbuatan sabotaj itu sudah berlaku selama bertahun-tahun.
"Mereka dicaj dua kali ganda lebih tinggi daripada harga biasa," tambah Rikwanto.
Menurutnya lagi, mekanik dan penukar tayar terbabit memperoleh pendapatan harian sekitar AS$22 (RM66.90), amat lumayan di Indonesia kerana hampir separuh daripada 240 juta rakyatnya bergaji kurang AS$2 (RM6) sehari.
Seorang pemilik bengkel, Darmito, 57, memulakan perniagaan menukar tayar di tepi sebatang jalan raya di sini dua bulan lalu untuk memenuhi permintaan tinggi daripada pelanggan.
Namun, katanya, dia tidak tahu tentang sindiket atau pihak yang melakukan kegiatan tersebut.
Pada bulan lalu, polis menangkap lapan orang yang disyaki melakukan jenayah
berkenaan
SEORANG anggota sukarelawan menunjukkan paku-paku yang ditemui di sebatang jalan raya yang melekat pada peralatan magnetnya di Jakarta .
Home
/
aniaya
/
cepat kaya
/
indonesia
/
luar negara
/
taktik
/
taktik nak lekas kaya tapi menganiayai orang lain
-
Blogger Comment
-
Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI