Mereka yang berminat boleh menginap di dalam bas berkenaan pada kadar bayaran AS$8,000 (RM26,148) untuk penginapan satu malam.
Tetamu 'hotel' tersebut akan diberi layanan istimewa oleh satu pasukan pelayan peribadi yang sedia berkhidmat pada setiap masa.
Bas mewah itu dilengkapi televisyen plasma bersaiz 106 sentimeter, dapur mewah gaya Amerika, almari pakaian dan bilik mandi bersalut emas.
Dinamakan Icon, bas berkeluasan 46.4 meter persegi itu boleh menempatkan sehingga empat tetamu pada sesuatu masa.
Ia merupakan kediaman bermotor terbesar di Britain.
"Kediaman bergerak ini dibina untuk kehidupan di litar perlumbaan di Eropah dan pernah menjadi tempat tinggal beberapa pemandu F1 termasuk Jacques Villeneuve dan Jenson Button," kata pemiliknya, Andrew Morris.
BAS pelancongan berkenaan diubah suai menjadi suite penginapan mewah bertaraf hotel tujuh bintang.PENGINAPAN satu malam di dalam bas berkenaan berharga AS$8,000.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI