china komunis lancar tren laju ke wilayah etnik muslim xinjiang...malaysia ada..?...macai umno sibuk kutuk komunis tapi habuk pon tarak...rasuah juga yang ada...!!!

BEIJING – Pemerintah China telah  melancarkan secara rasmi operasi kereta api laju pertama ke Urumqi, ibu kota wilayah paling barat dan jauh terpencil negara itu, Xinjiang yang didiami majoriti umat Islam China dari etnik Uighur, lapor media tempatan.

Tren laju berbentuk peluru itu merupakan model terbaharu CRH380A keluaran firma tempatan, China South Locomotive & Rolling Stock Corp. serta menghubungkan Urumqi terus dengan ibu kota wilayah Gansu, Lanzhou dengan jarak jauh 1,777 kilometer.
Stesen penyiaran milik pemerintah, China Central Television turut menyiarkan visual menunjukkan kumpulan penumpang pertama seramai 622 orang sedang sibuk dilayan pramugari berpakaian tradisional Uighur dan etnik-etnik lain di dalam gerabak.

Kereta api itu mampu bergerak pada kelajuan maksimum 250 kilometer sejam bakal memendekkan masa perjalanan daripada sehari jika memandu kereta kepada kurang 12 jam sahaja termasuk melalui banjaran gunung Qilian dan lima zon angin kencang.

Perkhidmatan sulung Lanzhou-Urumqi berlepas dari stesen utama di Lanzhou Barat pukul 6 pagi (sama waktu dengan Malaysia) manakala satu lagi tren laluan Urumqi-Lanzhou mula berlepas hampir serentak dari stesen Urumqi tetapi selang dua minit kemudian, menurut agensi berita rasmi Xinhua.

Projek kereta api berkelajuan tinggi laluan Urumqi-Lanzhou itu adalah sebahagian daripada rancangan jangka panjang tren laju kebangsaan dan kemudian bakal menghubungkan Lanzhou terus dengan Beijing, ibu kota China menjelang tahun 2017.

Apabila siap kelak, ia sekali gus mengurangkan masa perjalanan Urumqi-Beijing yang sekarang mengambil tempoh 41 jam sekiranya memandu kereta kepada hanya 16 jam dan seterusnya laluan itu bersambung pula dengan Shanghai dan Guangzhou di selatan.

China telah memulakan projek kereta api laju sejak 1999 dan kini negara tersebut sudah memiliki rangkaian landasan terbesar di dunia dengan jarak 11,000 kilometer manakala jika siap sepenuhnya pada 2020, jarak keseluruhan ialah
16,000 kilometer.






About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI