najib patut hempuk kayu golf kat menteri kabinet dan MKN...yang tak reti buat kerja dan selesaikan masalah ...!!!

Banjir teruk di Pantai Timur yang berlarutan dua minggu dipandang sambil lewa oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila lambat menggesa Majlis Keselamatan Negara bermesyuarat dan menyelesaikan masalah secepat mungkin.

Muhyiddin seolah tak terfikir tentang keperluan segera untuk mengumumkan darurat bagi membolehkan mobilisasi besar-besaran jentera kerajaan bagi mengurangkan kesan bencana alam.

Tindakan lembab  Mat Sembab Muhyiddin menunjukkan kerajaan Pusat sekarang ini seperti tidak mempunyai ketua.

Bagaimana rakyat Malaysia hendak percaya kepada Timbalan Perdana Menteri, bila dia berkata mesyuarat MKN akan dipanggil pada hari Sabtu ini? .






Muhyiddin kelmarin  dilaporkan berkata akan memangku tugas Perdana Menteri dan rakyat diminta memberi kepercayaan kepadanya, bagi mengalih kritikan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak yang bercuti dan bermain golf di Hawaii.

Sehingga hari ini sahaja, lebih 100,000 mangsa banjir terpaksa dipindahkan, namun kerajaan bersikap dingin dan menolak untuk mengisytiharkan darurat kerana menganggap ia belum di tahap kritikal

Sebaliknya, lain pula apa yang dikatakan Ketua UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang mendakwa banjir di Kelantan kali ini berbeza sekali.

Mustapha dilaporkan berkata penyelarasan bencana alam dengan arahan cepat dan tepat sangat penting oleh pemimpin berpengalaman.

“Kita perlukan seorang pemberi arahan yang boleh mengawal banyak jabatan secara serentak ,” kata Mustapa.

Ekoran dari itu,  ahli MKN  telah di gesa menjalankan mesyuarat dan berbincang mengenai pelan mengurus masalah dihadapi mangsa bencana.

Tetapi apa yang kita dengar, Setiausaha MKN Datuk Thajudeen Abdul Wahab mengingatkan rakyat agar jangan menyebarkan khabar angin palsu tentang situasi banjir.

Dia ini hanya fikir hendak tangkap orang yang sebar khabar angin tentang banjir sahaja.

PM tak ada pilihan, selain pulang dengan kayu golfnya dan ‘hayun’ mereka supaya bekerja.

Kabinet dan MKN tak boleh berehat sampailah banjir surut sepenuhnya.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI