resepi asam pedas ayam




BAHAN-BAHANNYA :-)

1 ekor ayam tua (atau ayam kampung)
2 batang serai, diketuk
1 cekak daun kesom, cuci dan toskan
2 biji tomato, belah 4 setiap 1
2 senduk nasi cili kisar
1 kiub pati ayam (optional)
1 camca teh lada hitam, tumbuk halus
1 camca besar pes asam jawa*
1/2 cawan air*(*dibancuh hingga sebati)
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)

15 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
2 biji cili merah
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
4 biji bawang merah kecil, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1/2 camca teh halba

CARA MEMBUATNYA :-)

Ayam dipotong ikut suka, cuci dan toskan. Panaskan minyak dalam periuk (kurang lebih 1/2 cawan, memng banyak sikit, tapi anda boleh keluarkan kemudian bila rempah2 dah garing). Masukkan serai dan masak hingga harum, masukkan bahan2 tumis dan masak hingga bawang garing. Tambah bahan2 kisar halus, masak hingga wangi. Masukkan cili kisar dan kacau. Masak dengan api kecil hingga cili garing, kacau selalu.

Masukkan ayam, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Masukkan daun kesom, gaul rata dan tuang air secukupnya (sebab ayam tua, anda kena tuang air hingga ayam tenggelam). Masak hingga ayam empuk (tambah air panas jika kuah kering dan ayam belom empuk). Tambah kiub pati ayam (jika guna), lada hitam dan asam jawa. Kacau rata.

Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biar mendidih perlahan dan masukkan tomato, masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..

Kalau anda guna periuk tekanan atau pressure cooker, tumis bahan2 dalam periuk tadi dan terus masukkan pes asam jawa, tak perlu bancuh dengan air, kemudian tambah ayam. Air pula hanya jangan letak banyak, setakat ayam tenggelam sahaja. Nasihat che mat, anda baca buku panduan sebelum guna, untuk mengelakkan kemalangan....Selamat mencuba!!..

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI