di tipu penjual aksesori online palsu




Mohd Azmi menunjukkan laporan yang dibuat di IPD Sik kelmarin

SIK – Seorang pekerja swasta mengalami kerugian apabila diperdaya individu yang menjual aksesori motosikal melalui Facebook.

Mangsa Mohd Azmi Saidin, 23, berkata pada 13 November lalu ketika melayari laman sosial berkenaan, beliau melihat iklan mengenai rim motor yang dijual individu tersebut.

“Saya suka beli barang melalui online dan sebelum tidak pernah ada masalah, jadi saya percaya dia ni juga jujur seperti peniaga lain.

“Bersetuju dengan harga ditawarkan, saya bank in RM360 ke akaun Bank Simpanan Nasional pada keesokan harinya,” katanya.

Mohd Azmi berkata, selepas bayaran dilunaskan, individu berkenaan memaklumkan nombor rujukan pengeposan dan berjanji barang yang dibeli akan diterima selepas empat hari.

“Selepas empat hari barang dijanjikan tak tiba, saya pun hubungi Poslaju dan dimaklumkan nombor rujukan itu tak wujud.

“Apabila saya hubungi dia panggilan dan whatsApp tidak dijawab. Facebooknya juga sudah dipadamkan,” katanya.

Mohd Azmi berkata, dia turut melihat viral beberapa pelanggan lain turut menjadi mangsa individu itu.

“Saya rasa dianiaya dan harap pihak polis dapat ambil tindakan kerana saya tidak mahu lebih ramai pelanggan menjadi mangsa penipuan ini.

“Mungkin jumlah kerugian ini kecil bagi orang lain, tapi jika setiap hari ada mangsa baru maka jenayah seperti ini akan terus berleluasa, ” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik di sini hari ini.

Mohd Azmi berkata, beliau yakin pihak polis akan dapat memberkas individu terbabit dengan segera berdasarkan bahan bukti penting seperti nombor akaun bank

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI