penyeleweng dah mampos ...syarikat dah bangkrap....KWSP baru ada teloq nak ambil tindakan ke atas PERWAJA STEEL...apa yang boleh dapat...habuk ajer la...kroni lepas rakyat jugak jadi mangsa!!!




Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengambil tindakan undang-undang terhadap Perwaja Steel (Kemaman) Sdn Bhd (PSSB) setelah gagal membuat caruman bulanan KWSP, berjumlah RM9.17 juta, bagi tempoh antara Ogos 2013 dan September 2014.

Tindakan pendakwaan dan saman sivil yang diambil itu juga dibuat secara peribadi terhadap pengarah syarikat di atas kegagalan yang sama.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP bagi Operasi Datuk Mohd Naim Daruwish berkata KWSP menyelesaikan siasatan terhadap PSSB Kemaman dan memfailkan tindakan sivil terhadap syarikat itu dan pengarah-pengarahnya di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk mendapatkan kembali caruman tertunggak.

"Kami juga memaklumkan pengarah syarikat mengenai sumbangan tertunggak oleh syarikat itu untuk memulakan tindakan mendapatkan kembali dan mendesak mendapatkan pembayaran, termasuk menyekat mereka daripada meninggalkan negara ini menurut Seksyen 39, Akta KWSP 1991," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Naim berkata KWSP akan terus bersikap tegas dan mengambil tindakan terhadap majikan yang tidak mencarum kerana simpanan KWSP adalah sumber utama pendapatan persaraan bagi pekerja mereka.

Mengikut Akta KWSP 1991, semua majikan dikehendaki mengemukakan caruman bulanan mereka bagi pihak pekerja mereka pada atau sebelum 15 haribulan setiap bulan berikut.

Apabila jumlah sepenuhnya diterima, KWSP akan mengkreditkan caruman tertunggak itu ke dalam akaun ahli.


##

penyeleweng  dah mampos...




SUNGAI PETANI 24 Jun – Ahli perniagaan, Tan Sri Eric Chia Eng Hock yang pernah menggemparkan negara berhubung kes penyelewengan dana Perwaja Steel meninggal dunia di hotel miliknya di sini pagi ini.

Chia, 75, yang merupakan bekas Pengarah Urusan Perwaja Steel Sdn. Bhd., meninggal dunia akibat sesak nafas di bilik penginapan khasnya di tingkat 10, Hotel Park Avenue, Taman Sejati Indah di sini kira-kira pukul 9 pagi ini.

Mendiang dilahirkan di Singapura pada tahun 1933.

Difahamkan, mendiang menetap di hotel berkenaan sejak beberapa tahun lalu manakala anak-anaknya tinggal di Petaling Jaya dan di luar negara.

Tinjauan Utusan Malaysia petang ini mendapati beberapa kakitangan hotel sibuk mendirikan khemah di kawasan letak kereta untuk dijadikan tempat mengadakan upacara penghormatan terakhir.

Isteri kedua Chia, Puan Sri Grace Chia, 60, dan anak sulungnya, Micheal Chia, 46, turut kelihatan di pekarangan hotel untuk menguruskan majlis berkenaan.

Bagaimanapun, mereka tidak memberikan sebarang kenyataan akhbar.

Seorang lagi anak perempuan mendiang yang berusia 34 tahun kini menetap di Hong Kong.

Dalam pada itu, seorang kakitangan hotel yang rapat dengan Chia, S. Muniandy, 42, berkata, setiap hari dia akan naik ke bilik Chia untuk melaporkan perkembangan operasi hotel kira- kira pukul 7.45 pagi.

Bagaimanapun, katanya, ketika dia sampai di bilik berkenaan pagi ini, Chia masih tidur.

“Pembantu bilik memberitahu Tan Sri tidur semula selepas makan kira-kira pukul 5 pagi.

“Namun, kira-kira pukul 8 pagi saya menerima panggilan daripada pembantu berkenaan memaklumkan Tan Sri sesak nafas,’’ katanya.

Muniandy yang bertugas di bahagian penyelenggaraan memberitahu, dia kemudian menghubungi doktor peribadi Chia bagi memaklumkan keadaan tersebut.

“Doktor yang memeriksanya kemudian memberitahu Tan Sri telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9 pagi akibat serangan sakit jantung,’’ jelasnya.

Menurut Muniandy, upacara pengebumian mayat mendiang akan dilakukan di Tanah Perkuburan Kristian Sungai Petani pada Khamis ini.

Sementara itu, Penyelia Jabatan Pendaftaran Daerah Kuala Muda, Amran Kassim ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kematian Chia petang ini.

“Sebab-sebab kematian yang dilaporkan ialah sakit tua dan surat kematian telah dikeluarkan kira-kira pukul 4 petang kepada ahli keluarga mendiang,’’ ujarnya.

Pada 10 Februari 2004, Chia selaku Pengarah Urusan Perwaja Rolling Mill and Development Sdn. Bhd. dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan iaitu melakukan pecah amanah terhadap dana syarikat tersebut membabitkan wang berjumlah RM76.4 juta.

Bagaimanapun, kes berprofil tinggi itu berakhir selepas tiga tahun perbicaraan berlangsung dengan Chia dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen tersebut setelah pasukan pendakwaan didapati gagal membuktikan kes.

Hakim Akhtar Tahir yang mengendalikan perbicaraan dalam keputusannya menyatakan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Chia.

Selain kes Perwaja Steel, Chia juga telah mengemukakan saman fitnah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, kira-kira tujuh tahun lalu.

Dalam saman yang difailkan pada tahun 2001, Chia selaku plaintif mendakwa Guan Eng telah memfitnah beliau dalam laporan polis yang dibuat oleh ahli politik itu pada 11 April 1996.

Pada 24 April lalu, Hakim Abdul Wahab Patail menetapkan tarikh lanjutan kes berkenaan kepada 28 Ogos ini.



perwaja steel dah bangkrap.




Kes hutang PETRONAS bagi bayaran bekalan gas

Kuala Lumpur: Syarikat Perwaja Steel Sdn Bhd (Perwaja Steel) diarahkan Mahkamah Tinggi di sini, semalam, membayar tunggakan hutang melebihi RM146 juta kepada Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) bagi pembayaran bekalan gas.

Hakim Mahkamah Tinggi, P Nallini membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan PETRONAS selaku plaintif untuk mendapatkan penghakiman terus terhadap Perwaja Steel (defendan), selepas mendapati tiada isu perlu dihujahkan dalam perbicaraan penuh.

Tolak tuntutan

Nallini sehubungan itu memerintahkan defendan membayar sejumlah RM146,138,690.52 sehingga 31 Disember 2012 bersama faedah sebanyak empat peratus setahun bermula dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian dan kos sebanyak RM20,000 kepada plaintif.

Beliau menolak tuntutan saman balas dikemukakan Perwaja Steel yang menyatakan bahawa plaintif adalah sebuah syarikat monopoli dan memutuskan bahawa peruntukan Akta Persaingan 2010 tidak terpakai dalam kes berkenaan.

Mahkamah turut menolak injunksi sementara dikemukakan defendan bagi perintah supaya PETRONAS dihalang daripada mengurangkan, menggantung atau menghentikan serta mengganggu pembekalan gas kepadanya dan perintah supaya bekalan gas disambung semula serta-merta.
Puas hati

Dalam penghakimannya, Nallini berkata, mahkamah berpuas hati plaintif berjaya membuktikan tuntutannya dan ia boleh membuat keputusannya tanpa perlu mendengar perbicaraan penuh kerana fakta kes tidak begitu kompleks sehingga perlu memanggil keterangan lisan saksi.

“Ia hanya satu tuntutan saman mudah bagi menuntut hutang berhubung pembekalan gas,” katanya.

PETRONAS memfailkan saman itu pada 14 Januari lalu berikutan kegagalan syarikat pengeluar keluli itu menjelaskan bayaran bagi gas yang dibekalkan ke lojinya di Kemaman, Terengganu.

Dalam pernyataan tuntutannya, PETRONAS menuntut bayaran RM146.139 juta sehingga 31 Disember 2012, faedah berjumlah RM10.313 juta sehingga 10 Januari lalu selain faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

PETRONAS diwakili peguam, S Suhendran manakala Paul Ong bertindak bagi pihak Perwaja Steel.




apa yang boleh dapat....masa perwaja steel berduit ...KWSP senyap tak ada  usaha nak ambil tindakan...bila dah bangkrap...mana ada sen lagi nak bayar itu dan ini...syarikat itu dah bakal tutup sepenuhnya...ada hasil...penyamun kroni yang sapu...

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI