dasar lidah keling....kerajaan mungkir janji naikkan gaji pekerja
lidah keling kerajaan
Gaji pekerja di dakwa tidak akan naik kerana Putrajaya mengabaikan langkah untuk meningkatkan peratusan gaji daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada 40%, sekaligus usaha ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 tersasar.
Paras 33.6% gaji pekerja Malaysia daripada KDNK ketika ini adalah rendah jika mengikut piawaian antarabangsa.
beruntungnya negara dapat menteri otak kangkung
Ini susulan kenyataan Menteri Otak kangkung Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar membuat kenyataan bertentangan apabila mengatakan kerajaan tidak berhasrat mencapai sasaran 40% gaji daripada KDNK dalam satu wawancara baru-baru ini.
Wahid Omar dalam wawancara hujung minggu lalu dengan The Edge Weekly membuat kenyataan bertentangan dengan sasaran menteri kewangan apabila mengatakan kami tidak berhasrat untuk mencapainya menjelang 2020.
Kita menyifatkan kenyataan Wahid tersebut membelakangi komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga menteri kewangan, yang berjanji sebelum ini dalam pembentangan Bajet 2015 untuk meningkatkan pembayaran gaji 40% daripada KDNK menjelang 2020.
Ini semua berita buruk kepada pekerja di Malaysia yang mengharapkan gaji tinggi, perkongsian lebih baik dalam bahagian ekonomi dan perkembangan yang lebih inklusif.
Bagi tahun 2013, data lengkap menunjukkan hanya 33.6% daripada KDNK dibayar untuk gaji pekerja, 64.2% disimpan majikan sebagai lebihan, dan hanya 2.2% dikutip sebagai cukai.
Perkongsian gaji di Malaysia dibelenggu selama beberapa dekad. Pada tahun 1971, 33.8% daripada KDNK dibayar sebagai upah, 51.7% lebihan operasi majikan, dan cukai meliputi pecahan yang lebih tinggi sebanyak 14.5% daripada KDNK.
Joseph Stiglitz r, penerima anugerah ekonomi Nobel Laureate juga menyatakan kebimbangan terhadap paras gaji rendah yang dibayar kepada pekerja.
Analisis daripada sasaran Bajet 2015 perkongsian 40% menjelang 2020 seperti dicadangkan kerajaan juga tidak bersungguh sungguh dalam menilai peningkatan perkongsian gaji daripada KDNK.
kerajaan juga di gesa menangani isu ketirisan serta rasuah serta tidak membuat pelaburan membazir seperti 1MDB, sebaliknya berusaha meningkatkan paras gaji pekerja Malaysia
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI