bina gelanggang hoki ais di belakang rumah



VICKERS dan Chung bergambar di gelanggang hoki ais yang dibina lelaki itu.

NOTTINGHAM, Britain – Seorang lelaki membina sebuah gelanggang hoki ais di belakang rumahnya di sini sebagai hadiah Krismas untuk anak angkatnya yang berusia 10 tahun.

Lelaki tersebut, Robert Vickers, 61, membina gelanggang berkenaan selepas anak angkatnya, Kieran Chung sering mengadu tiada tempat untuk berlatih bermain hoki ais di bandar ini.

Vickers merupakan pengarah jualan sebuah syarikat membuat plastik telah membelanjakan £15,000 (RM81,737) untuk membina gelanggang ais berkeluasan 11 meter panjang dan lima meter lebar.

“Apabila saya menunjukkan gelanggang hoki ais ini kepada Chung, dia seperti tidak percaya dan menangis,” katanya.

Ujarnya, gelanggang itu juga telah membolehkan seorang anak lelaki yang lumpuh akibat cacat dapat bermain dengan rakan-rakannya.

“Saya mempunyai seorang anak lelaki yang lumpuh dan kini dia begitu gembira kerana kanak-kanak lain datang ke sini untuk bermain,” katanya

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI