anjing laut tersesat 32 km dari pantai




BEBERAPA anggota bomba, polis dan penduduk berusaha menangkap anjing laut yang tersesat itu..

LIVERPOOL – Seorang penduduk terkejut selepas menemui seekor anjing laut yang sesat di satu kawasan padang di Newton-le-Willows di Merseyside di sini kelmarin. Penemuan anjing laut itu mengejutkan penduduk dan para saintis kerana kawasan laut terdekat hanya terletak kira-kira 32 kilometer (km) dari lokasi haiwan tersebut dijumpai.

Seorang jurucakap polis berkata, anjing laut itu dijumpai oleh seorang penduduk yang berjalan di padang berkenaan kira-kira pukul 9.30 pagi waktu tempatan sebelum menghubungi pihak berkuasa. “Kami sedang menyiasat dari mana anjing laut ini berasal dan bagaimana boleh berkeliaran di kawasan ini,” katanya.

 Menurutnya, beberapa anggota polis, bomba dan penduduk tempatan berusaha hampir satu jam untuk menangkap anjing laut berkenaan. “Anjing laut itu kemudiannya dipindahkan ke sebuah pusat perlindungan haiwan untuk pemeriksaan sebelum dilepaskan semula ke laut,” ujarnya. Anjing laut yang merupakan spesies mamalia berkulit tebal dan boleh hidup di daratan, namun perlu ke laut untuk mencari makanan dan menyejukkan badan

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI