patung hantu di depan rumah di arah pindah kerana ada yang terganggu dengan kehadirannya



BEBERAPA patung hantu yang diletakkan di depan rumah Dixon di Sycamore di negeri Ohio, Amerika Syarikat.

COLUMBUS, Ohio– Seorang penduduk di sini terpaksa mengalihkan beberapa patung hantu yang diletakkan sebagai hiasan di depan rumahnya selepas mendapat aduan daripada orang ramai.

Penduduk tersebut, Jasen Dixon yang tinggal di kawasan kejiranan Sycamore dekat sini berkata, pihak majlis tempatan memberinya masa selama satu minggu untuk mengalihkan patung-patung berkenaan.

“Pihak berkuasa memberitahu terdapat dua aduan dibuat oleh orang ramai yang berasa tidak selesa dengan hiasan patung hantu di depan rumah saya ini.

“Mereka mengarahkan saya mengalihkan patung-patung ini kerana didakwa diletakkan di luar kawasan rumah dan mengganggu jalan raya berhampiran,” katanya.

Ujarnya, dia meletakkan patung-patung hantu itu sebagai salah satu cara untuk menarik perhatian orang ramai supaya melawat sebuah rumah hantu yang dimilikinya.

“Hiasan patung ini tidak mengganggu sesiapa tetapi saya akan mematuhi arahan pihak berkuasa itu,” jelasnya


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI