pondok telefon jadi kios perniagaan




SEORANG wanita berdiri di pondok telefon merah di London, Britain yang diubah suai menjadi kios menjual air kopi dan perkhidmatan mengilap kasut.

LONDON – Sebuah syarikat di Britain menukar pondok telefon awam di negara itu menjadi kios perniagaan yang menjual minuman, gula-gula dan kedai kasut.

Syarikat Red Kiosk mengubah suai lebih 100 pondok telefon ikonik berwarna merah yang terkenal di Britain itu sebagai kios perniagaan sekali gus membuka peluang pekerjaan kepada usahawan muda.

Langkah itu diambil susulan kejayaan dua kios kedai kopi yang dibuka di bandar Brighton dan Aberdeen.

Pondok telefon berwarna merah tersebut merupakan salah satu warisan di Britain tetapi semakin dilupakan ekoran kemajuan sistem telekomunikasi ketika ini.

Seorang jurucakap syarikat itu berkata, orang ramai atau majlis tempatan boleh menyewa pondok telefon berkenaan dan menukarnya menjadi pelbagai bentuk kios perniagaan.

“Usaha ini bukan sahaja mampu membuka peluang perniagaan kepada penduduk setempat dan pada masa yang sama dapat mengekalkan pondok telefon merah yang merupakan warisan negara,” katanya.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI