orang sibuk nak uruskan musibah pasal banjir hang nak pikirkan laksanakan hukum hudud..bukan tak boleh tapi selesaikan dulu urusan rakyat yang tak selesai...!!!

'Banjir petanda PAS mesti terus usaha laksana hudud'

Banjir paling teruk dalam sejarah yang melanda Semenanjung Malaysia adalah petanda dari Tuhan bahawa agenda hudud mesti diteruskan, kata MP PAS Pasir, Nik Aduh Nik Abdul Aziz.

Kerajaan PAS Kelantan telah berikrar akan tetap meneruskan sidang khas DUN pada 29 Disember untuk meluluskan pindaan supaya hudud boleh dilaksanakan di negeri ini.



"Bencana banjir ingatkan umat Islam agar kembali kepada Allah dan jauhi murkaNya. Ia wajarkan kerajaan Kelantan terus istiqamah laksana syariat Hudud," kata Nik Abduh dalam posting Facebook

Kebanyakan yang mengulas mengenai posting tersebut berkata, Nik Abduh tidak harus menyalahgunakan agama dan bahawa Islam mengutamakan kehidupan dan keselamatan.

Seorang pengguna, Hussain Muhammad S berkata banjir berlaku kerana kerajaan PAS menebang hutan, tidak pernah mengambil berat tentang sistem saliran dan pengutipan sampah, yang menurutnya bukanlah sesuatu yang baru dan berlaku setiap tahun.

Walaupun negeri pantai timur itu dilanda banjir semasa musim tengkujuh, pihak berkuasa Kelantan berkata kali ini adalah yang paling teruk.

Lebih daripada 30,000 telah dipindahkan di negeri itu pagi ini, dengan Kelantan paling teruk terjejas di kalangan lima negeri di Semenanjung Malaysia yang dilanda banjir.

Sekurang-kurangnya 90,000 orang telah dipindahkan dan empat orang terkorban di seluruh negara kerana banjir, dan ia mendorongkan negeri itu meminta bantuan dalam menghadapi bencana tersebut.

PAS juga diminta oleh rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat supaya menangguhkan rancangannya untuk melaksanakan hudud dan memberi tumpuan membantu mangsa bencana itu.

Kerajaan persekutuan meluluskan RM50 juta bantuan serta merta untuk negeri-negeri yang dilanda banjir, manakala Selangor juga telah bersetuju untuk membantu Kelantan.

Bagi Nik Abduh, yang juga anak kepada bekas Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat, cara terbaik untuk menghadapi bencana besar itu adalah dengan doa.

"Kunci bencana banjir kini di tangan Empunya hujan. Anak kuncinya adalah doa. Walau sejuta tangan menghulur bantuan, jangan dihilang anak kunci itu."

##

Tak tau dari mana Nik Aduh dapat ilham yg banjir ni petanda kena laksanakan hudud. Mcm mana pulak kalau banjir ni adalah petanda jagan laksanakan hudud terlebih dahulu. Petanda bahawa jika perlaksanaan tak betul, musibah melanda semua.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI