ini bukan soal nak politikkan isu bas Amphicoach...ini soalkan ketelusan pembelian yang melibatkan penggunaan duit pembayar cukai dan pembaziran yang di lakukan...biasalah kerajaan UMNO kalau tak menyamun ( makan komisen ) di tengahnya memang tak sah...!!!

Jangan politikkan isu pembelian bas ‘amphicoach’, kata MB Terengganu

Kerajaan Terengganu membeli bas Amphicoach, sejenis 'bas amfibia' yang membolehkan penumpang bergerak di darat dan air.

Isu pembelian bas amfibia “amphicoach” yang boleh bergerak di darat dan air oleh kerajaan negeri Terengganu tidak sepatutnya dipolitikkan, kata Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beliau berkata kerajaan negeri menjangkakan bas itu hanya boleh digunakan pada 2015 memandangkan kilang pengeluar di Malta memerlukan lapan bulan untuk membinanya mengikut rekaan dan spesifikasi yang dimahukan.

"Kerajaan negeri telah membayar deposit 50% dan harga yang dipersetujui ketika rundingan ialah sebanyak €600,000 (RM2.58 million) untuk sebuah amphicoach.

"Kita jangka menerima amphicoach itu pada Mei tahun depan yang akan diserahkan oleh menteri Malta," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas penyebaran di laman sosial tentang kenderaan itu yang masih tidak kelihatan dalam musim banjir ini.

Katanya mengikut perancangan, selain untuk tujuan pelancongan di Tasik Kenyir, kenderaan amfibia itu juga akan digerakkan pada musim tengkujuh kerana kebiasaannya pengangkutan darat tidak dapat digunakan kerana laluan dinaiki air.

Sementara itu, pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee berkata sehingga kini hanya terdapat 12 amphicoach di seluruh dunia kerana kilang kenderaan itu hanya mengeluarkan amphicoach berdasarkan tempahan khas.

"Spesifikasi yang kita mahukan ialah boleh memuatkan 50 penumpang dengan kelajuan maksimum lapan knot di dalam air manakala di atas jalan raya, kelajuannya ialah 120kph," katanya.

Pembelian amphicoach itu diilhamkan bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said yang mahu ia digunakan untuk membawa pelancong ke beberapa tempat menarik sekitar bandar sebelum menyusuri Sungai Terengganu



##

dah boleh beli berapa puluh biji bot laju, boleh pergi beberapa kawasan pada masa sama, 1 biji bus nak tunggu dia pergi balik dari satu kawasan ke satu kawasan......hmmmm....kucing pun sudah tidur



Harga sbenar 258,000 pound je . kita byr 600,.000.. check kat google harga amphificoach dah dapat harga sbnr. bestnye MB dapat bonus 2015.8 buah lagi. wahhhhhhhhhhhhh.. habis duit rakyat.....

Kalau bukan banjir ni rakyat tak tahu ada kenderaan ni...bila tanya baru tengah buat kalau tak tanya duit masuk poket...kita tengok tahun depan apa nak diberi alasannya....

Beli senang! Bela susah! Takan macam rolls royce kena hantar balik kilang bila ada masalah walau pun kecil! Tak dengar pun Negara maju guna bas amphibia pun!

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI