Ibunya, Denise Sumpter, 44, berkata, dia masih menyusukan anaknya itu, Belle walaupun dia telah berusia enam tahun.
Kanak-kanak yang menuntut di tahun dua itu akan meminta susu dada ibunya apabila dia berasa penat atau sakit.
"Dia kadangkala akan meminta susu dua kali sehari atau sekurang-kurangnya dua kali dalam seminggu," katanya.
Menurut Sumpter, anaknya itu akan menghisap susunya secara berseorangan atau kadangkala dengan adiknya yang berusia 18 bulan, Beau.
"Saya tidak berasa sikap Belle itu pelik sebaliknya akan terus menyusukan sehingga dia berhenti dengan sendiri. Saya tidak tahu keadaan ini akan berlarutan sampai bila," jelasnya lagi.
Sumpter yang menggelar Belle sebagai ‘susu ibu’ mengaku anaknya itu seorang kanak-kanak yang pintar dalam kebanyakan mata pelajaran dan berbakat dalam bidang nyanyian serta tarian
SUMPTER (kiri) masih menyusukan anaknya yang telah berusia enam tahun.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI