Haiwan malang itu dilaporkan patah kaki dan gigi selepas melompat dari sebuah trak semasa dibawa dari daerah Miaoli ke sebuah zoo.
Menurut pemandu trak yang ditemu bual, badak air bernama A Ho itu mungkin panik sebelum kelihatan seperti sedang ‘terbang keluar’ dari pintu trak.
"Saya terkejut melihat A Ho jatuh dari trak dan bergegas menaikkannya kembali untuk mengelakkan daripada dilanggar oleh kenderaan lain," kata pemandu trak itu.
Berikutan keadaan badak itu yang mengalami patah kaki, pihak berkuasa terpaksa menggunakan kren untuk mengangkat haiwan itu naik semula ke atas trak yang mengambil masa beberapa jam.
Pihak berkuasa Taiwan berkata, mereka yang menyebabkan kecederaan kepada badak itu mungkin didakwa di bawah akta haiwan terlindung
BADAK air yang terjatuh ke atas jalan raya dari sebuah trak kelihatan kesakitan selepas mengalami patah kaki.
BADAK tersebut terpaksa diangkat menggunakan kren untuk dinaikkan semula ke atas trak.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI