samseng jalanraya gara gara pemandu teksi sakit mental agaknya menampar pemandu kereta wanita
6:01 PG
berita
,
dalam negeri
,
kuala lumpur
,
pemandu teksi
,
pemandu wanita
,
sakit mental
,
samseng jalanraya
,
tampar
Edit
TEKSI yang dipercayai dipandu suspek sebelum menampar mangsa.
KUALA LUMPUR – Hanya kerana enggan mengundurkan kereta yang dipandunya, seorang wanita luka pada bahagian bibir selepas ditampar seorang pemandu teksi di Jalan Angsoka menghala Jalan Raja Chulan di sini Isnin lalu.
Dalam kejadian jam 7.40 pagi Isnin lalu, mangsa yang memandu Perodua Myvi diserang suspek gara-gara gagal mengundurkan kenderaan dan memberikan laluan kepada seorang pemandu teksi di Jalan Raja Chulan berhampiran Hotel Istana.
Mangsa, Jeslene Tan, 26, berkata, insiden berlaku ketika dia sedang memandu dari Bandar Manjalara, Kepong sebelum melalui Jalan Raja Chulan.
"Ketika itu terdapat beberapa kenderaan diletakkan di bahu jalan menyebabkan laluan itu menjadi satu lorong. Sebuah teksi dari arah hadapan meluru memasuki laluan sama," katanya.
Menurutnya, pemandu teksi itu membunyikan hon dan meminta dia berundur, namun dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana tiada ruang untuk mengundurkan kenderaan.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI