buang ketumbuhan sebesar bola sepak
Serrano telah menjalani pembedahan selama 12 jam bagi membuang ketumbuhan sebesar sebiji bola sepak pada bahagian leher dan bahunya
ALBUQUERQUE, New Mexico – Seorang budak lelaki Mexico berumur 11 tahun yang menghidap ketumbuhan besar telah menarik perhatian antarabangsa selepas beberapa pegawai Amerika Syarikat (AS) membantunya mendapatkan rawatan di negeri New Mexico, AS.
Ketumbuhan itu dibuang dalam satu pembedahan yang panjang baru-baru ini.
Jurucakap berkenaan, Kristean Alcocer berkata, Antonio Ramirez Serrano menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan sebesar sebiji bola sepak pada leher dan bahunya di Hospital Kanak-Kanak Universiti New Mexico, Isnin lalu.
Pembedahan sukar itu mengambil masa lebih 12 jam dengan melibatkan seramai 25 petugas perubatan profesional.
“Proses penyembuhan akan memakan masa yang panjang dan banyak cabaran menanti budak lelaki tersebut,” kata Alcocer.
Kisah sedih kanak-kanak tersebut mendapat perhatian masyarakat antarabangsa selepas tersebar di internet.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI