cahaya misteri terangi bandar di russia



CAHAYA tersebut menyebabkan keadaan jalan raya yang gelap tiba-tiba terang seperti waktu siang.

MOSCOW – Satu cahaya cerah berwarna oren yang muncul selama 11 saat di bandar Rezh dekat sini mencetuskan misteri dalam kalangan penduduk setempat.

Cahaya berkenaan berjaya dirakam oleh sebuah kamera video milik seorang pemandu kereta pada Jumaat lalu yang menunjukkan langit yang gelap ketika itu tiba-tiba menjadi terang seperti waktu siang selama beberapa saat.

Lelaki tersebut berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang ke Rezh sebelum satu cahaya terang tiba-tiba muncul di bandar berkenaan.

“Cahaya itu sungguh terang sehingga menyebabkan keadaan yang gelap ketika itu menjadi cerah seperti waktu siang,” katanya.

Sementara itu, akhbar The Siberian Times melaporkan bahawa beberapa pakar mengesyaki cahaya tersebut mungkin berpunca daripada pelancaran peluru berpandu atau sebuah tahi bintang yang jatuh ke bumi.

Bagaimanapun, saksi yang melihat kejadian berkenaan tidak mendengar sebarang bunyi dan pihak berkuasa Rusia juga enggan memberikan sebarang komen


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI