resepi tom yam ketam



BAHAN-BAHAN PES TOMYAM :-)

1 biji bawang besar*
6 biji bawang merah kecil*
1 batang serai, hiris*
1 inci lengkuas*
3 biji cili merah*
15 tangkai cili kering, potong kecil dan rendam dalam air panas dan toskan*
1 inci belacan, dibakar*
5 helau daun limau purut*
1 camca besar pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN TOMYAM KETAM :-)

3 ekor ketam bunga bersaiz besar, dibersihkan dan kerat 2 setiap seekor
6 biji bebola lobster jenama "Mushroom"
10 biji cili padi, diketuk
2 batang serai, diketuk
1 pokok daun ketumbar, dengan akar2nya sekali, dicuci bersih
3 helai daun limau purut
1/2 inci lengkuas, diketuk
1 kiub pati ikan bilis (optional)
10 biji tomato ceri
1 tin cendawan butang, toskan dan belah 2 setiap 1
2 batang saleri, potong sederhana tebal
1 batang lobak merah saiz kecil, dipotong berbaji
5 biji limau kasturi, diperah jusnya
1/2 camca teh lada hitam, tumbuk halus
Sos ikan secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK PES TOMYAM :-

Kisar halus semua bahan2 bertanda (*). Panaskan 1 cawan minyak masak. Tumis bahan2 kisar hingga harum dan garing.

Guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Biar sejuk dan boleh simpan dalam botol untuk kegunaan kemudian..

UNTUK TOMYAM KETAM :-

Didihkan 2 liter air. Masukkan serai, lengkuas, akar ketumbar, kiub ikan bilis dan 5 camca besar homemade pes tomyam. Kacau rata dan biar mendidih. Masukkan lobak merah, saleri dan cendawan butang. Biar masak sekejap. Masukkan daun limau purut, bebola lobster dan ketam. Kacau rata.

Perasakan dengan sos ikan secukup rasa. Tambah cili padi, lada hitam dan jus limau kasturi secukup rasa. Kacau dan masak sekejap. Akhir sekali masukkan tomato ceri dan daun ketumbar. Biar mendidih sebentar dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi atau mi. Sedap juga dimakan begitu sahaja.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI