melayu dah lama jadi red indian...hanya yang buta kayu ajer yang tak nampak UMNO dah lama meng red indiankan melayu...!!!

Melayu jadi Red Indian jika PAS - Umno tidak kerjasama, kata bekas ketua hakim




spesis melayu baru...melayu red indian   produk  haram kerajaan parti umno lahanatullah

Orang Melayu berisiko menjadi "Red Indian" di tanah air mereka sendiri jika PAS dan Umno tidak bekerjasama mempertahankan kerajaan daripada DAP dan PKR,  kata bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad .

Beliau berkata, jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Putrajaya, PKR dan PAS tidak akan dapat "mengawal" DAP seperti cara Umno "mengawal cita-cita MCA dan Gerakan".

"Orang Melayu akan menjadi Red Indian di tanah mereka sendiri. Percayalah, ancaman terhadap orang Melayu tidak pernah seserius ini sepanjang sejarah kaum ini.

"Sekarang kita berpecah dan digunakan. PAS dan Umno mesti berfikir untuk berkolaborasi, bersatu atau bekerjasama sekurang-kurangnya di peringkat persekutuan demi mempertahankan kerajaan daripada jatuh kepada DAP dan PKR," kata Hamid dalam ucapannya pada Konvensyen Perpaduan Negara di Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Konvensyen itu dianjurkan gabungan 58 badan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang bersedia membahaskan satu draf Memorandum Perpaduan Negara.

Hamid berkata, PAS perlu kenang semula perjuangan asalnya, iaitu bagi melindungi orang Melayu dan Islam, sambil berkata, bekerjasama dengan DAP dan PKR hanya menafikan tujuan asal penubuhannya.

"DAP tak boleh diharap... mereka lebih chauvinistik daripada MCA dan Gerakan. PAS dan PKR tak boleh kawal cita-cita DAP seperti mana Umno mengawal cita-cita MCA dan Gerakan. Jadi, PAS mesti bekerja dengan Umno,” katanya.

Katanya, PKR juga tidak boleh diharap memperjuangkan kepentingan orang Melayu, kerana ia memperjuangkan nasib "hanya seorang Melayu," jelas merujuk kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hamid berkata sekiranya PAS dan Bumiputera Sabah dan Sarawak menyertai Barisan Nasional (BN), kerajaan pusat boleh diselamatkan walaupun terdapat sokongan kuat komuniti Cina terhadap DAP.

Bagaimanapun, katanya, penyokong DAP daripada kalangan kaum Cina mungkin juga menukar fikiran mereka setelah mengambil kira untung ruginya sekiranya mereka terlibat dengan BN.

"Orang Cina beroperasi berdasarkan untung rugi. Itu saja yang mereka fikirkan. Bagi mereka, 'maaruf' (kebaikan) itu untung, 'mungkar' (kejahatan) itu rugi. Dan kita tidak mahu menyingkirkan orang Cina," kata Hamid.

Beliau juga menggesa kaum India di Malaysia bertanya diri mereka sendiri sama ada mereka percaya PR boleh berkhidmat lebih baik untuk mereka dibandingkan dengan BN.

"Umno berada di landasan yang betul. Umno patut terus menjadi parti dominan orang Melayu dan Islam.

"Tetapi, masalahnya terletak pada pemimpinnya. Faktor nombor satu membuatkan orang benci Umno ialah persepsi yang mereka korup,” katanya. 

Beliau berkata, Umno mesti memperbetulkan persepsi ini dan menyediakan peluang bagi lebih ramai golongan profesional memegang jawatan parti, sambil membangkitkan kemungkinan ramai yang menyokong PAS kerana sebab ini. 

"Kalau ini berterusan, Umno akan kehabisan pemimpin," katanya memberi amaran.


Cadangan bekas Ketua Hakim di atas  sangat  dangkal  dan tak boleh di terima akal. Beliau berkata PAS mesti bekerja dengan Umno... sedangkan UMNO sudah lama menindas PAS, sudah lama meng"red-indian"kan Melayu.

Bukti paling nyata: Royalti minyak di negeri yang majoriti Melayu iaitu Kelantan habis UMNO sapu dan membiarkan Melayu Kelantan hidup di dalam penderitaan sekian lama... UMNO sudah lama menjadi Red Indian dan meng"red-Indian"kan bangsa Melayu dengan dasar "assabiyah" (perkauman)nya.

Tanpa Islam, UMNO juga telah meng"Red-Indian"kan anak muda Melayu.

Dan bekas ketua hakim itu sendiri berkata:

"Tetapi, masalahnya terletak pada pemimpinnya. Faktor nombor satu membuatkan orang benci Umno ialah persepsi yang mereka korup,” katanya. 

Beliau berkata, Umno mesti memperbetulkan persepsi ini dan menyediakan peluang bagi lebih ramai golongan profesional memegang jawatan parti, sambil membangkitkan kemungkinan ramai yang menyokong PAS kerana sebab ini.

UMNO sudah tidak boleh dibetulkan dan tidak boleh diselamatkan. Kalau melayu nak selamat, bubar UMNO dan sertai PAS. '

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI