resepi lemak cili padi babat spesial ( + rebung )



BAHAN-BAHANNYA :-)

1 kg babat lembu @ perot tuala, cuci bersih*
1 inci halia, diketuk*
3 ulas bawang putih*(*disatukan dan rebus hingga babat lembut, tos dan sejukkan)
800 gram rebung yang telah siap direbus dan toskan
3 btang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
1500 ml santan cair
500 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1/3 cawan cili padi kampung, kaler hijau
2 inci kunyit hidup
1 inci halia
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih

CARA MEMBUATNYA :-)

Babat yang telah sejuk dipotong kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama rebung, serai, bahan2 kisar halus dan santan cair. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Masak hingga rebung lembut.
Masukkan asam gelugor dan tuang pati santan.

Kacau rata dan masak dengan api kecil hingga mendidih. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masukkan daun kunyit, kacau rata dan masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain..

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI