resepi asam pedas sardin



BAHAN-BAHANNYA :-)

1 tin besar sardine pilihan anda (di cadangkan  guna sardine cap AYAM)
1/2 biji kecil nenas madu, dibersihkan dan hiris nipis
1 kuntum bunga kantan, belah 2
2 helai daun limau purut (boleh ganti dengan daun kesom)
1/2 camca besar pes asam jawa
1 senduk nasi penuh cili kisar
1/2 kiub pati ikan bilis (optional)
1/2 camca teh lada hitam, tumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa
Air scukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)

5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1 inci halia
2 keping hirisan lengkuas
Secubit belacan

CARA MEMBUATNYA :-)

Asingkan ikan sardine dan sosnya. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/3 cawan). Tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Tambah sos ikan sardine, kacau rata dan masak hingga naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.

Tambah pes asam jawa, kacau rata dan masukkan nenas. Gaul rata dan masak sekejap. Tuang air secukupnya (anggaran 1 liter), kacau dan biar mendidih. Masukkan bunga kantan, daun limau purut (atau daun kesom) dan kiub ikan bilis.

Perlahan2, masuk ikan sardine. Tambah serbuk lada hitam, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau perlahan dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI