bermusuh dengan ambulance




Tokyo: Bunyi siren ambulans mungkin tidak sedap didengar namun tidaklah menimbulkan kemarahan, namun sebaliknya berlaku terhadap seorang pensyarah universiti yang sering ‘menyerang’ kenderaan berkenaan.

Pensyarah Universiti Tsukuba, Tetsuji Hirayama, 54, dilaporkan ditahan kerana mengganggu tugas penjawat awam apabila menyerang pelbagai ambulans.

Sepanjang enam tahun lalu, Hirayama didakwa melakukan kesalahan itu sekurang-kurangnya 12 kali sehinggalah dia akhirnya ditahan, minggu lalu.

Hirayama bukan saja menengking anggota paramedik yang berada di dalam ambulans, malah pernah juga melompat di depan sebuah kenderaan ketika dipandu di jalan raya.

Dia juga menjerit “Bodoh! Bodoh!” kepada ambulans yang diparkir di pekarangan universiti itu atau hospital.

Secara keseluruhannya, dua kejadian direkodkan masing-masing pada 2008 dan 2009; satu pada 2013 dan tujuh kali tahun ini.

Dia ditangkap selepas dilihat menendang sebuah ambulans yang sedang diparkir.

Ditanya mengenai perangai peliknya itu, Hirayama mengakui amat bencikan bunyi siren.
“Jadi ada peluang, saya akan menendangnya lagi,” katanya.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI