niat nak merompak akhirnya terperangkap di celah dinding



FELYK yang disyaki merompak akhirnya dikeluarkan dari celah dua dinding.

Longmont (Amerika Syarikat): Seorang lelaki dikeluarkan dari celah dinding sebuah kedai selepas tersekat selama tiga hari ketika cuba mencuri.

Paul Felyk, 35, teperangkap di celah dinding di bumbung bangunan kedai itu di Longmont, utara Denver.

Pekerja membuat laporan polis kelmarin selepas mendengar bunyi bising.
Bagaimanapun, polis yang datang menyiasat tidak menemui apa-apa.

Keesokannya, pekerja kedai memanggil polis sekali lagi selepas mendengar seorang lelaki menjerit di dalam dinding berkenaan.

Jurucakap polis tempatan Molly Meehan berkata: “Anggota kami berjaya mengesan lelaki itu antara dinding dalam dan luar bangunan itu.”

Anggota bomba terpaksa mengguna gergaji bulat untuk memotong bahagian dalam dinding untuk mengeluarkan Felyk.

Dia kini dirawat di hospital kerana keletihan dan kecederaan pada bahagian bawah badan.
Pegawai penyiasat, Matt Cage berkata, Felyk akan berdepan dengan tuduhan jenayah apabila keluar hospital kelak.

“Dia masih belum ditangkap. Tetapi kami menyiasatnya atas tuduhan cubaan merompak,” kata Cage.
Dia berkata, tempat lelaki itu terperangkap hanya muat untuknya berdiri dan ia amat gelap sementara suhu pula terlalu sejuk

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI