semakin tinggi taraf pelajaran semakin kuat menipu...doktor pakar kencing doktor
7:00 PG
berita
,
dalam negeri
,
doktor kaki kencing
,
doktor kena kencing
,
doktor pakar
,
kedah
,
kerajaan
,
KKM
,
kuala lumpur
,
lesen klinik
,
swasta
Edit
HASHIM menunjukkan lesen dan laporan polis dibuat berhubung penggunaan namanya. .
Kuala Lumpur: Seorang doktor tidak menyangka tindakan cuai membenarkan perakuan amalan perubatan miliknya digunakan kenalan untuk memohon lesen membuka klinik swasta menyebabkan dia kini hilang mata pencarian.
Mangsa, Mohamad Hashim Ibrahim, 35, mendakwa namanya dihalang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) daripada membuka klinik baru seperti dirancang.
Menurutnya, dia pernah membenarkan sijil amalan perubatannya digunakan seorang doktor pakar yang bekerja di sebuah hospital kerajaan di Kedah untuk membuka klinik di negeri itu.
"Mengikut perjanjian asal, saya hanya perlu memberi sijil amalan perubatan berikutan proses membuka klinik memerlukan dua dokumen iaitu sijil amalan perubatan dan lesen membuka klinik.
"Bagaimanapun setahun selepas itu doktor terbabit memberitahu dia tidak ingin menggunakan lagi sijil amalan perubatan milik saya dan perhubungan kami terputus," katanya.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI